10 Oktober, 2008

Memori 1 Syawal...

| No comment
Sebenarnya, aku dah malas nak buat posting pasal hari raya nih, sebab dah banyak sangat. Tapi tak per la, aku hapdetkan kat korang memori aku pada 1 syawal hari tuh. Aku sedut jer gegambar dari blog adik-beradik aku, malas plak nak upload...

Waktu makan besar selepas sembahyang sunat Aidilfitri.

Alang yang sedang bermaafan dengan mak.

Sedang aku bermaafan dengan abah...

Kakak ipar aku pula mengambil tempat untuk bermaafan...

Keluarga along bersama mak ngan abah...

Ni gambar kami adik beradik...

Kami sekeluarga...

A happy family!

Selepas sahaja aku dan keluarga mengambil gambar official pada setiap hari raya, kemudian kami adik beradik bergambar aksi bebas pula...

Adik tengok utara, aku tengok selatan... Hehu...

Angah dan alang yang chumel... Kunun!

Adik tercekik tulang, along nak tembak kapla...

Hmmm... Tak tau nak komen apa yang ni. Hehu! Hahahaha...

Along yang nak menumbuk muka alang sebab dia jelir lidah. Kui kui kui kui!!!


Itulah antara foto² yang dapat aku letakkan di dalam blog aku nih. Kalau nak diikutkan banyak lagi gegambar. Tapi, makan masa pulak nak hapload. Jadik, ini jer la yang dapat aku bagik. Janji ada... Hehehehe...

p/s: Aku telah menyedut semua gambar ni dari blog alang dan along. Tima kaseh!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog