19 Oktober, 2008

Majlis "Open House" Aidilfitri Melayu.com

| No comment


Once again, Melayu.com membuat gathering sempena Hari Raya Aidilfitri 2008 (memang gath dibuat pada hari raya pon!). Setelah lama tidak diadakan (2003 adalah yang terakhir sewaktu arwah Esah), Gath MDC diadakan setelah ramai yang meminta untuk dibuat semula. Jadi, persediaan awal bermula dengan perbincangan selepas bebuka puasa tempohari dan kemudiannya menyuarat kecil²an di Sogo yang melibatkan beberapa orang ahli.

Sebelum majlis bermula. Buat kerja dulu!

Spy yang tengah sibuk menggunting kertas...

MatBoo, BK ngan Mardau tengah tune suara...

So, pada hari kejadian, seramai lebih kurang 41 orang telah datang menghadirkan diri serta menggamatkan suasana (terutamanya Kanee dan Tomat). Acara bermula lebih kurang jam 2 petang di Rumah Pena dengan pendaftaran ahli serta pemberian cenderamata. Cenderamata ini telah ditaja oleh Aki dan Yun yang merupakan kipas lipat serta stiker MDC, terima kasih banyak² buat mereka berdua. Hehehe...

Antara mereka yang hadir adalah...

1. kukubesi + mariah safiah
2. que + mia juwita
3. betterman
4. amoi
5. bk
6. mardau
7. langsuir80
8. matboo
9. duktur jiwa
10. kanee
11. fiuse
12. attok
13. ijann
14. jimi
15. fatinlissa
16. anak melayu
17. babykudut
18. nuralisya
19. aki
20. hensem
21. spy incg
22. padat
23. pojie
24. yati
25. malique
26. cam51
27. laikatong
28. abe
29. cik A
30. sukriali
31. yun
32. yuninut
33. real kapok
34. mrsyampa
35. ct syampa
36. saniy
37. donna
38. ezrin
39. fansurina
40. pompuan pdah
41. kop

Mardau tengah memberi penerangan tentang cemana nak datang Rumah Pena.

Aku yang dok bertugas sebagai pemberi cenderamata, tag dan sticker...

Yun yang over excited dapat datang Gath kali ni...

Doktor Jiwa yang sedang mendaptarkan Lisya, Mak Ucu dan Pidah.

Bett pun seronok gak!

Pada jam 3 petang, majlis dimulakan dengan emcee iaitu Batterman menjemput Saniy untuk bacaan doa dan diikuti dengan acara makan². Antara makanan yang disediakan adalah lemang, rendang, nasi impit, soto, kuih-muih, buah²an dan air sirap. Suasana paling santai paling dapat dilihat ketika acara makan di mana semua yang datang duduk bersila dan bersimpuh di lantai sambil makan dan mengumpat. Ada jugak yang duduk diluar sambil berasap. Hilai ketawa terus kedengaran bila semua yang hadir membuka nostalgia lama dan bercerita mengenai topik di Melayu.com...

Semua tekun mendengar apa yang Bett cakap kat depan.

Yang ngumpat pun ada...

Bett sebagai emcee pada majlis ni. Solo jer... Slalu emcee majlis berduet...

Apalah yang Pidah sembangkan dengan Pojie tuh?

Makan time...

Penyambut tetamu berhemah...

Macam makan kenduri laks! Tapi best! First time in MDC Gath history makan atas lantai!

Yang dok tepi jendela pun ada!

Apa la yang Jimi pandang tu?... Tak cukup makanan ke dalam pinggan?

Makan di mana² sahaja!

Sian Kapok! Kena buli! Hahahaha...

Kanee, Tomat ngan Lisya tengah mentelaah album gambar lama aktiviti MDC... sambl mengumpat!

"Termenung ku sendiri... Memendam rindu tidak menentu... - Aisyah"

Setelah semua kenyang, acara diteruskan dengan persembahan daripada MatBoo, Mardau dan BK yang menyanyikan beberapa lagu raya dan diikuti pula dengan monolog daripada Attok. Monolog ini telah Attok tujukan kepada arwah Esah, salah seorang rakan Melayu.com yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Suasana sunyi seketika apabila monolog yang Attok bacakan berkisar tentang sejarah dan sumbangan Esah kepada Melayu.com...

Bett tengah temuramah MatBoo ngan BK.

Persembahan oleh Mardau, MatBoo dan BK. Amoi sebagai peminat setia, duduk tempat first class untuk menonton persembahan mereka

Suasana ceria ketika persembahan...

Hensome ngan Syukri yang terhibur.

Bett tengah mengumumkan persembahan monolog daripada Attok.

Attok sedang bermonolog mengenai arwah Esah...

Acara seterusnya adalah permainan yang dianjurkan oleh Attok. Semua yang hadir telah mengambil bahagian dalam acara permainan "Botol" yang menggamatkan suasana. Semua yang hadir dikehendaki duduk di dalam bulatan dan kemudiannya mengira bermula dengan 1 dan setiap nombor 7, gandaan 7 serta nombor yang ada nombor 7 didalamnya dikehendaki menyebut botol. Apa yang kelakar, mereka yang sepatutnya menyebut botol gagal menyebut yang menyebabkan mereka disingkirkan daripada permainan...

Attok tengah memberi penerangan tentang cara permainan...

Semua tengah dengar rules...

Few yang masih terselamat!

Top 3

Jimi yang tersingkir!

Top 2

Dan pemenangnya adalah Syukri! Hehehehe...

Acara berhenti sebentar untuk rehat dan sembahyang Asar kemudiannya. Dalam pada masa ni, adalah yang sempat sambung makan, ada yang dok bersembang dan mengumpat, bergambar dan sebagainya.

Yun yang tengah mentekedarah!

Mariah dan ayahdanya Guli!

Kumpulan potpet! :))

Beramas mesra dengan Jimi.

Acara seterusnya dan merupakan acara terakhir pada majlis Gath ini adalah acara tradisi Melayu.com iaitu bertukar² hadiah dimana setiap yang hadir dikehendaki membeli hadiah berharga RM5 setiap sorang untuk ditukarkan kepada hadirin yang lain. Apabila pertukaran dibuat sorang demi seorang, mereka dikehendaki membuka dan menunjukkan hadiah yang mereka dapati pada ketika itu juga. Ada dapat hadiah yang best, ada cam hampeh... Tapi itulah kemeriahan dan nostalgia yang dapat diingat sampai bila².

Selipar yang dok berselerak kat luar Rumah Pena!

Acara tamat selepas sessi bergambar beramai² diadakan...

Apa yang dapat disimpulkan, gath pada hari ini adalah gath yang paling sempoi dan santai pernah diadakan. Kena dengan tema yang diberi iaitu "open house" dan Melayu.com. Kalau tahun depan dibuat tempat yang sama, mesti meriah.

p/s: Aku hanya dapat mengambil gambar sehingga acara bermain game sahaja kerana memori kamera dah full. Untuk updates pada gambar² seterusnya, tunggu gambar daripada yang lain diupload.
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog