06 Oktober, 2008

Kabur!

| No comment
Huhuhuhu... Semenjak dua menjak aku baek dari demam hari raya tempohari, aku rasa pandangan aku semakin kabur dari biasa. Selalunya, bila mata aku kabur bila habis membaca atau melihat benda² dekat, aku akan cepat² memandang pandangan yang jauh dan menghijau untuk membetulkan balik penglihatan dari terus kabur. Kemudian cerah balik la penglihatan. Tapi, teknik ni dah tak dapat nak aku praktikkan. Jenuh la aku menghabiskan berminit² memandang luar pintu pejabat, namun penglihatan aku masih lagi kabur...

Ape ke he? Menggelabah dah sebenarnya aku nih. Tapi aku buat "sejuk" jer. Last², tak puas hati, tadik aku pun berkunjung la ke sebuah kedai cermin mata di Time Square lepas kerja, sempat lagi menonton wayang citer "Eagle Eye" sebab nak ngetest dulu mata sebelum berkunjung ke kedai tu...

Pas aku interbiu mamat cina kat kedai tu, aku pon terus la membuat eye test kemudiannya. Mak Ngah yang menemankan aku menonton wayang dan ke kedai tu tersengih jer bila tengok result yang kuwa dari mesin tuh. Hehu! Aku sepatah haram tak tau apa makna test result tuh. Menurut kata Mak Ngah, kuat jugak power kalo nak buat mata tambahan nih. Huhuhuhu... Begitu teruk ka?

Ahhh... Lantok la. Janji penglihatan aku tak lagi kabur untuk melihat objek² jarak jauh nih. Esok siap la aku nyer cermin mata, dan esok aku akan tersenarai dalam ketegori orang bermata empat! Waaaaa...

p/s: Mesti lawak kan aku pakek cermin mata nih! Huuuuuu...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog