06 Oktober, 2008

Dah balik KL dah!!!

| No comment
Huhuhu... Aku dah pun sampai ke KL dalam pukul 12.30 tengah malam tadik. Penat sungguh perjalanan walaupun bukan aku yang bawak kereta. :p Sampai kat rumah terus aku on pc dan terus online. Nak tengok apa menda yang aku terlepas since aku balik kampung seminggu yang lalu.

Semenjak raya yang pertama, aku dah tak nganto dah post. Bukan apa, aku dan keluarga telah diserang demam selesema yang teruk. Bermula dengan anak saudara aku, kemudian menjangkiti aku, Alang, Adik dan kemudian Abah. Masing² terbatuk² dan sakit² tekak yang teramat sangat. Yang terdemam pun ada. Aku pun sama gak. Dengan batuk, sakit perut, demam dan sakit kepala... Nasib baik la kena raya yang kedua. Kalau raya yang pertama? Huhuhuhu... Aku dok jer la rumah sambil melayan Astro dan kengkadang game sampai la nak balik ke KL. Pun batuk dan sakit tekak tak hilang lagik!

Dah sampai kat KL, tak bley pulak nak tido! Cis dan cis dan cis! Ni semua gegara melayan Discovery Channel sampai kul 5 pagi. Hehu! Esok nak kerja plak tuh! Apsal la tak ngantuk!!! Apa² pon, asalkan tak terlajak udah!

Okay la. Nanti aku sambong. Banyak gambo yang nak aku post nanti! Hehehehe... Balik keje esok la! Daaa...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog