24 September, 2008

Jadi bebudak kembali!

| No comment
Isnin yang lalu, aku dan bebudak Jaquezee (Lan, Shahrul, Adie, Lia, Mak Ngah dan Sue) semuanya mengambil kesempatan untuk bermain bunga api sebelum masing² pulang ke kampung untuk beraya. Bunga api yang aku beli sehari sebelum hari kejadian semuanya habis dalam sekelip mata apabila semua gila untuk menjadi budak² kembali. Hehehehe... Walau apa pun, hari itu memang sungguh menyeronokkan.

Lan menunjukkan gambar "toot" kepada aku semasa di GP. Hehehehe...

Sue ngan Mak Ngah yang tak sabo nak main bunga api!

Aku pun tak sabo gak! Hehehe!

Pada mulanya, kami semua konfius untuk bermain bunga api di mana. Perancangan awal adalah untuk dimainkan di Titiwangsa, tapi ramai yang tak bersetuju kerana takut dicekup DBKL. Har har har har! Lawak sungguh alasan! Kemudian rancang ke Bukit Ampang pulak, pun tak setuju jugak sebab terlalu jauh. Dan selepas berapa lama berfikir dan memberi buah fikiran, akhirnya Lia telah memberi kata putus dan menyuruh kami ikut perancangan awal iaitu ke Titiwangsa.

Nasib kami baik sebab tak ada apa pun yang mengacau kami bermain bunga api. Lalalala... Seronok sungguh! Lepas habis 11 bungkus bunga api tu, kami pun pulang bergerak untuk sahur di Mahkota sebelum pulang ke rumah.

Dah setat membakar bunga api. Aku nyer abis dulu!

Bunga api yang cantek!

Shahrul yang tengah leka main bunga api.

Bunga api Lan panjang semacam. Macam pedang star wars lak!

Mak Ngah nak cucuk bunga api Shahrul. Hehehe...

Seronok main bunga api sampai tak hengat dunia!

Lia yang terover happy. Hehehe... Maklum la dah lama tak main menda alah ni!

Bunga api berkumpulan.

Muka seronok Lan terserlah!

Adie pun sama gaks!

Adie yang tamak bermain bunga api. Samapi 2-3! Tau la dah lama tak main benda tuh! Hehehe...

Hehehehe... No komen!

Lalalala...

Tak tau nak pose cemana dah! Hehu!

Dah bosan main bunga api secara pusing², ni cucuk kat tanah lak...

Ni pun sama!...

"Fire flower" and peace!

Berdua lebih baik!

Ini adalah tiga batang bunga api terakhir yang kami mainkan. Sempat lagik snap gambar tuh! Hehehehe...

Aksi² selepas sessi bermain bunga api. Hehehehe... Seronoknya!!!

Sebenarnya, acara bermain bunga api ni dah jadik acara tradisi bebudak Jaquezeean sebenarnya. Semenjak beberapa tahun yang lalu, memang tak pernah kami lupa untuk bermain bunga api beramai². Tahun depan, kami main lagik! :)
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog