27 September, 2008

Hari pertama...

| No comment

Hari pertama aku di kampung, aku bagaikan terkena mabuk tidur. Walaupun aku tidur agak awal malam tadi, tapi setelah bangun untuk sahur, terasa seperti urat tidur aku disentap. Tak dapat aku nak mengekang rasa untuk terus tidur. Adoiyaiii... Macam nak balas dendam pula rasa kurang tidur aku sepanjang bulan puasa ni.

Malam tadi juga merupakan kali pertama aku bangun sahur awal pagi. Terasa mata ni macam tak dapat dibuka langsung, sambil menyumbat makanan dalam mulut. Walau macammana pun habes jugak nasik dalam pinggan.

Aku tak tau la apa aku nak buat pas ni. Nak tidur lagi tak mungkin kot. Waktu berbuka pun dah dekat. Kerja tengok tv je la kot!

Huhu... Tak produktif langsung hari aku.

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog