28 September, 2008

Hari kedua...

| No comment

Hari kedua aku di kampung masih lagi tak produktif macam semalam. Mungkin aku belum lagi biasa dengan keadaan puasa kat kampung kot. Tapi entahlah...

Walaupun aku bangun agak awal hari, namun aku lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton Astro dan menyakat anak buah aku yang sorang ni. Petang pulak, rumah aku didatangi pakcik aku yang datang dari kampung. Dia akan beraya bersama kami semenjak pemergian nenek aku awal tahun ni. Kemudian adik bongsu aku pulak sampai. Makin lama makin meriah rumah kami.

Sebelah malam pulak, lepas berbuka, aku duduk sekejap depan rumah sambil melihat anak buah aku bermain seremban dengan kengkawannya, sedang aku pula tengah menaip entry blog ni dalam telefon untuk dipost. Hehe... Yang lain pulak semua dah ke masjid untuk berterawih.

Esok, abang dengan kakak ipar aku pula akan pulang. Semakin kecoh la rumah nanti. Hehu...

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog