07 Julai, 2008

Journey back to hometown!

| No comment
Lepas kerja kemas mengemas opis hari Sabtu hari tu, aku, Along ngan Gee dah bersiap sedia untuk bergerak pulang ke Ipoh. Minggu ni adalah hari special untuk kami sekeluarga di mana Alang akan melangsungkan pertunangan rasmi dengan Siti.

Tapi sebelum tu, kitaorang kena ambil Adik dulu kat Perhentian Pekeliling. Suppose Adik balik Ipoh pada hari Jumaat hari tu, tapi bas dari Jerantut ke Ipoh dah habis. Terpaksalah dia mengambil bas dari Jerantut ke KL dan kemudiannya mengikuti kami ke Ipoh pula. Bagus la dia ada. The more the merrier! Boleh aku bermain Metal Gear Solid : Portable Ops ngan dia. Hahahaha...

Perjalanan kami pun bermula lepas ambil Adik. Dia dulu drive sebab Along cakap dia tak larat nak bawak kereta. Tangan dia lenguh² dan sengal sebab gi gym hari tu. Aku pulak jadik co-pilot. Hehehehe... Macam biasa la!

Sronok la tu dapat bawak keta!

Dok blakang diam²!

Co-pilot tau amek gambo jer!

Then kami berhenti sekejap kat RnR Rawang untuk mengisi perut! Lapo giler waktu nih. Maklum la, tak ada menda masuk perut sejak dari pagi tadik. Waktu pada ketika tu pulak dah dekat 3.30 petang. Mana tak berkeroncong perut memasing...

Aku tak tau apa motip aku amek gambo nih!

Nasib baik la orang tak baper ramai kat sini!

Lepas habis makan, kitaorang pun menyambung balik perjalanan balik ke Ipoh. Waktu ni, Along dah take over balik pemanduan kereta. Masa ni la aku ngan Adik bertarung MGS:PO kat belakang. Hehehehe... Pertarungan berlangsung hampir 1 jam dengan aku yang selalu menang dan Adik asyik kena head-shot. Kui kui kui kui! Balik nanti, ko gi la praktis lagik Dik! :p

Sempat lagi aku snap time kitaorang tgh men MGS:PO.

Ni tak tau apa motif. Sebab tangan sengal atau tau aku nak amek gambar dia...

Smoking time! Huhuhuhu...

2 generasi, gumuk dan kerempeng!

Gambo kat luar!

Lewat jam 6.00 petang, barulah kami sampai ke Ipoh. Tapi Mak, Abah, Shahira ngan Alin tak der kat rumah sebab membeli barangan kat Giant. So, kitaorang masuk la rumah dulu untuk berehat. Esok adalah hari penting dan pemanduan yang jauh untuk dibuat. So, kena rehat cukup²...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog