18 Julai, 2008

Credit Control Family Day.

| No comment
Sabtu yang lepas adalah merupakan Hari Keluarga Credit Control. Hari ni memang merupakan hari yang ditunggu² oleh semua ahli Credit Control sebab memang dah lama kami merancang untuk mengadakan percutian sebegini, tetapi asyik tertangguh jer. Tapi, kali ni selepas persediaan yang serious dijalankan, maka tertunailah sudah Hari Keluarga Credit Control ini.

Hari Keluarga ini bermula pada hari Sabtu selepas waktu kerja. Aku seperti biasa datang kerja macam biasa. Begitu juga dengan Lisya, Kak Shima, Zack dan Adli. Manakala yang lain pulak, akan terus bertolak ke Sri Pena selepas kerja² yang perlu mereka lakukan siap. Tapi, waktu² kami yang tinggal di pejabat sungguh tidak khusuk kerana kepala memang dah fikir tentang percutian ini.

Habisnya waktu kerja, aku, Lisya dan Kak Shima mula menukar baju. Aku hanya menukar baju di pejabat sahaja. Kak Shima dan Lisya pulak kat tandas. Siap sahaja aku menukar pakaian, aku segera bergerak ke restoran Rasyid untuk berjumpa dengan Ainol dan Azri. Aku bertiga akan bergerak ke Sri Pena, Port Dickson bersama. Kami tidak bergerak secara bersama kerana masing² ada hal sendiri.

Setelah, minum sekejap kat Rasyid, kami pun mulalah bergerak ke Sri Pena. Dalam perjalanan, masing² bercerita... Aku pulak banyak menghabiskana masa memandang ke luar sambil telinga mendengar semua cerita² Ainol dan Azri. Tahu² saja dah sampai di Port Dickson. Kami bertiga berhenti sebentar di Teluk Kemang untuk mengisi perut. Masing² tak makan tengahari. Waktu tu pulak lebih kurang jam 4.00 petang.

Azri ngan Ainol tengah check kali terakhir barangan barbeque.

Azri tengah drive.

Habis sahaja makan, kami terus bergerak ke Sri Pena yang tidak berapa jauh dari tempat kami makan. Masing² mengeluarkan barang² dari boot manakala Azri pulak pergi check-in. Waktu mengangkat barang ke bilik masing², kat kolam renang tidak jauh dari bilik kami, dah nampak beberapa orang ahli Credit Control dah pun terjun ke dalam kolam dan berenang di dalamnya. Alamak! Ni yang tak best nih!... Cepat² aku tukar baju dan kemudiannya menjoinkan diri di dalam kolam renang itu! Lebih kurang jam 6.30 petang, baru la naik dari situ.

Dah berenang dah... Tak leh tahan ni!

Bilik aku kat Sri Pena.

Pintu depan apartment.

Aku naik ke bilik dan kemudiannya membilas badan dan menukar pakaian. Waktu untuk barbeque. Sepanjang hari keluarga ni, aku adalah jurugambar rasmi, jadi berbekalkan kamera yang aku pinjam dari Along, aku shoot jer semua menda yang aku rasa baik untuk aku shoot. Hehehehehe...

Dalam jam 7.00 petang, masing² dah pun menukar pakaian dan mula turun ke bahagian belakang Sri Pena untuk berbarbeque. Ini adalah barbeque paling best pernah aku join sebab macam² makanan yang melambak². Tak macam barbeque pada Hari Keluarga Jabatan Akaun tak lama dulu. Masing² dapat makan semua yang dibakar dan masih ada banyak lagi yang tinggal untuk kami lantak kemudiannya.

Aku lari sebentar keluar dari Sri Pena sebab nak mengambil gambar matahari terbenam. Tetapi nasib aku tak baik sebab matahari dah pun terbenam. Apa yang aku dapat hanyalah pemandangan waktu petang sahaja. Huhuhuhuhu...

Barbeque dah bermula.

Senja di Teluk Kemang.

Bergambar masa barbeque. Aku pun ada!

Lepas aku shoot 2-3 gambar pemandangan luar, aku masuk balik ke Sri Pena, malam dah pun menjelma. Dan dah ramai ahli² keluarga Credit Control yang turun untuk menjamu selera.

Acara malam tu dimulakan dengan Azri selaku pelaksana projek memberikan ucapan. Kemudiaanya diikuti oleh En. Fendi, ketua unit Credit Control dan kemudiaannya diikuti dengan bacaan doa daripada Shahrul. Dan acara makan diikuti kemudiannya.

Beberapa minit selepas itu, Azri mengumumkan acara permainan. Terdapat 2 acara permainan diadakan pada malam ini iaitu "mini treasure hunt" dan juga "siapa paling banyak jawapan betul". Acara mini treasure hunt memerlukan 6 orang untuk mencari beberapa barang daripada mereka yang ada di situ. Yang paling cepat dapat merupakan pemenang. Lisya merupakan pemenang untuk acara ini.

Manakala permainan kedua pula merupakan permainan untuk suami isteri. Suami dikehendaki meneka soalan mengenai isteri mereka, manakala isteri pula dikehendaki verify jawapan suami mereka. Jawapan yang banyak betul dikira pemenang. Untuk acara ini, Zubir dan isteri merupakan pemenang.

Acara memotong kek pula diadakan kemudiannya. Acara memotong kek ini adalah signifikan kepada menyambut harijadi setiap ahli Credit Control yang tidak sempat untuk disambut sepanjang tahun. Habis sahaja acara memotong kek, bermakna habislah sudah acara untuk malam itu, aktiviti bebas pula berjalan kemudiannya.

Sebelum aktiviti bebas dijalankan, ahli² Credit Control dikehendaki mengemas kembali seperti biasa barang² disitu; mencuci pinggan dan talam, membersihkan lantai dan tong barbeque dan lain² lagi.

Siap sahaja kerja² pembersihan, aku, Lisya, Hazrul, Zack dan Mas keluar ke pantai untuk berjalan². Mengambil angin malam di dalam keadaan pantai yang gelap gelita... Dan kemudiannya pulang ke bilik untuk tidur... Zzzz...

Lisya tengah cari barang.

Lari cepat Lisya!

Acara memotong kek.

Cuci lah cuci!

Pagi keesokkannya, aku menerima panggilan daripada Kak Liza. Dia mengajak aku ke laut. Disebabkan yang lain masih lagi belum bangun, dia mengajak aku untuk menemankannya ke sana. Maklumlah, sebelum anak²nya bangun, inilah waktu yang paling sesuai untuk terjun ke laut. Matahari pun belum meninggi. Tak la sunburn nanti.

Aku hanya mengambil gambar, tidak turut serta untuk mandi. Malas! Mungkin sebab aku tak nak rasa belengas kot. Kemudian, Kak Shima dan beberapa orang lagi mula menghurungi laut. Mungkin masing² malas untuk mandi apabila matahari naik kot. takut hitam. Makin ramai yang turun, makin banyak gambar yang aku snap.

Aku, Kak Shima dengan Kak Liza di tepi pantai di pagi sepiei.

Anak Redha yang kiyut!

Lepas sahaja naik dari laut, Azri mengumumkan waktu sarapan. Baguslah! Aku pun dah lapar giler waktu tu. Nasi lemak, sandwich dan kuih muih untuk sarapan. Huh!!! Layan siot makan nasik lemak dengan teh o panas waktu² ginih.

Lepas makan, Azri mengumumkan pulak acara game. Semua ahli Credit Control pun bergerak menuju ke gelanggang permainan di hadapan Sri Pena. Beberapa acara telah disusun khas untuk kanak² dan juga orang dewasa.

Antara permainan untuk kanak² adalah meniup belon dan golf. Manakala permainan untuk orang dewasa pula adalah langkah paling besar, menyusun perkataan "credit control" paling cepat dan juga pas² belon air.

Habis sahaja game, sekali lagi acara bebas diadakan sebelum kami check-out untuk pulang ke rumah masing². Apa lagi, waktu ni adalah waktu kembali terjun ke kolam air untuk berenang! Hehehehehe...

Brakefast pagi.

Game beramai² di gelanggang.

Hehehehe... Sapa paling menonjol dalam gambar ni?

Aku yang tengah main game!

Ahli² Unit Credit Control.

Anak Redha yang kiyut 2!

Apabila semua sudah siap berkemas, kami berkumpul semula dibahagian lobby untuk acara penutup. Azri dan En. Fendi memberikan ucapan penutup dan kemudiannya acara memberi² hadiah dan hamper kepada semua ahli Credit Control. Kami kemudian bersurai untuk pulang ke rumah masing².

Acara bagik hadiah.

p/s: Habis jugak acara Hari Keluarga Credit Control ni. Lepas ni, ada ura² mengatakan untuk mengadakan di Bukit Merah pulak.
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog