22 Jun, 2008

Yang baru dan diperbaharui!

| No comment
Yang baru 1

Hehehehe... Tadik, pas balik "berbelanja" dengan adik aku, kat depan pintu bilik aku ada sampul surat. Aku dah tau dari sapa, sebab belakang sampul surat tu ada cop "Play Interactive". Miahahaha... Dog Tag yang dah dijanjikan sewaktu aku membeli Metal Gear Solid 4 : Guns of the Patriots ari tuh. Teruja kejap dengan menda tuh. Siap pakai lagik! Lawo gak! Hehehehe...

Aku pasti hensome memakainya. Kui kui kui kui! Perasan tol!

Yang baru 2

Semenjak aku diracun oleh bebudak PBN untuk membeli DualShock 3, idop aku tak tentu hala. Antara nak beli dan tak. But, last² aku beli gak sebab MGS4. Tak der umphhh kalo tak der rumble men game nih! Saja je aku beli kaler itam, kontra dengan PS3 aku yang berwarna putih. Semata² nak membezakan DualShock 3 dengan Sixasis. Lagi pun, apa bestnya men PlayStation kalo tak ada rumble? Hehehehe...

Men game sambil getar² la best!

Yang baru 3

Inilah PSP yang baru aku beli tadik! Ecececece... Konon! Tu bukan aku nyer la! Tu adik aku nyer. Dia datang dari Jerantut semata² nak membeli PSP setelah tidak dapat menahan kebestan men game dari keluarga PlayStation. Aku bawak dia kat kedai Bernard "Gamers Solution" kat City Bazaar sebab situ yang murah. Lagi pun aku dah kenal dengan tokei kedai tuh. Saja jer soh dia beli kaler putih supaya nampak suci dan bersih. Hahahaha... So, pas nih, bila balik kampung, adalah kawan aku nak men game bersama². Asik aku jer men sorang...

Kan best kalo aku punya!

Update:

Yang diperdaharui

Due to faulty circut board, my brother's PSP had to be returned to Bernard and changed. Nasib baik adik aku tak balik lagi ke Jerantut. Ada jugak masa untuk menggantikan PSP dia yang tak dapat digunakan tu. So, daripada PSP berwarna putih, ianya bertukar kepada warna ungu. Ini disebabkan warna putih sidah pun habis dijual di kedai Bernard tu. Hehehehe... Tak apa la, asalkan ada PSP udah la.

Okay la warna ungu nih!... Unik sket!

Yang diperbaharui

My new phone. Sony Ericsson K550i. Menggantikan telefon Sony Ericsson Z800 aku yang dah kaput (disebabkan oleh Kak Shima gumuk yang menjatuhkan tipun aku!). Telefon ni adalah telefon 2.5G saja. Malas dah aku nak pakai telefon 3G. Bukan boleh ngajak sesapa pun nak video phone. Yang ada telefon 3G pun, tak tau nak pakai features tuh! baik aku pakai phone 2.5G jer. Siap ada cyber-shot lagik! Al-maklumlah. Nak beli kamera, blom sampai masanya. Jadik beli la telefon 2 dalam 1 nih. Kemana² boleh bawak sambil ambik gambar.

Kecil dan cumul! Hehehehe...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog