11 Mei, 2008

Slamat hari ibu...

| No comment

Hari ni merupakan hari ibu, yang disambut setiap tahun pada Ahad minggu kedua pada bulan Mei. Aku bangun pagi² hari ni semata² untuk mengucapkan selamat pada mak. Sejuk sekejap telinga ni bila dengar suara mak aku...

Dalam minggu lepas, kami adik beradik telah menghantar kad ucapan "Selamat Hari Ibu" pada mak. Mak menerima dengan perasaan yang teramat sangat. Inilah kali pertama kami menghantar kad ucapan itu, yang mana sebelumnya kami hanya menelefon sahaja... Namun pada tahun ini, kami ingin membuat sedikit kelainan dengan menghantar kad. Mungkin tahun depan kami akan membuat yang lain pula...

Selamat Hari Ibu Izan ucapkan pada mak. Semoga mak sihat dan panjang umur selamanya. Izan sayang mak. (^_^)
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog