16 Mei, 2008

Online kembali...

| No comment
Rasa macam dah lama plak tak online. Bukan apa, selain dari bizi ngan keje seharian, aku tak dapat nak mengonlinekan diri sebab PC aku tak leh nak dipakai sebab aku tengah (sekarang dah) membetulkan PC Kak Jun yang dah kaput. Ikutkan hati, malas sebenarnya nak membuat kmenda tu, tapi sebabkan kawan, tak sampai hati lak nak tolak permintaan dia.

PC dia tu hard disk dah kaput. Tak dapat la aku nak membuat apa² sehinggalah aku mendapat replacement hard disk yang baru. Dah hari ni bila dah dapat, boleh la aku meneruskan pembaikan PC tu.

Hard disk baru menggantikan yang dah kaput!

Dalam proses pemformatan untuk ke XP

Satu menda yang aku perasan kalau aku membetulkan PC atau notebook sesapa, bilik aku mesti jadik macam sarang tikus. Dengan menda² PC kat atas lantai, screw driver yang merata² aku letak, wayar yang berselirat dan barang² lain yang entah cemana tetiba pandai pulak dia dok kat atas lantai tak semena². Kira lantai tu dah jadik macam junk magnet plak. Ikutkan hati, memanglah sakit mata memandang. Tapi selagi tak siap, selagi tu la aku akan malas untuk mengemaskan semuanya.

PC Kak Jun aku dah siapkan dekat² jam 10.30 tadik. Then barulah aku mengemas semua menda² yang menyakitkan mata tu. Lega la sikit... Aku sapu, aku mop... Kira dah berkilat la lantai bilik aku ni sekarang. Spotless... Hehehe...

Then Ijat plak datang bilik. Dia nak amek wireless adaptor yang dia nak pakai kat opis dia. Kunun² la katanya dah ada wifi kat opis. Nak bertenet. Hehehehe... Tapi, aku bukan bagik cam tu sajer. I gave him with a catch! Aku soh dia submit borang perumahan DBKL abang aku. Aku mintak dia tolong sampai la abang aku dapat rumah.

Hehehehe... Bestkan? Pastu plak, nyambil aku menaip menda nih, ber YM plak ngan Shahrul yang sekarang berada kat Downtown Cheras. Gi balik la Shahrul... Lan. Dah malam! Ayam pun tau balik reban. Akakakaka... :p
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog