07 Mei, 2008

Kawan yang dah lama tak jumpa...

| No comment
One of my best friend tak lama dulu. Once he got married, lama dah aku tak dengar pasal dia. Lama gak... Dulu, aku dengan dia ni macam belangkas. Mana ada aku, mesti ada dia. Mana ada dia, mesti ada aku. Tu zaman² MDC la, waktu aku tengah aktif dulu. Sekarang, dah tak lagi... Masing² ada kehidupan sendiri.

Ery atau E.D.M. (nick dia) ni, macam gak Pidah, aku kenal lebih kurang 8 tahun yang lalu melalui forum Melayu.com. 8 tahun yang lepas. Dia dah macam adik aku dah. Cuma lepas dia kawin dan dah ada anak pempuan, dia slow sikit. Biasalah, mesti la utamakan keluarga dulu, tapi yang aku geram, langsung tak nak contact aku pas tu. Tapi aku faham dan aku tak kisah. Asalkan dia tak lupa aku dah la!

Tetiba ari ni, dia call aku. Aku ingatkan siapa la yang call. Rupa²nya si Ery. Dia ada masalah ngan power supply pc dia. Dah terbakar sebab kena kilat waktu ujan. Tu la, sapa soh ko on pc waktu ujan? Hehehehe... Dia tanya aku kalau² aku ada power supply lebih. Ada tu memang la ada, tapi tak tau la leh masuk dalam pc dia atau tak.

Bila dia dah sampai rumah aku, tengok² power supply aku tak compatible ngan pc dia. Hehehehe... Mintak mahap la ye. Power supply aku tu dah lama. Pc ko tu pc baru. Aku pun tak pasan sebab waktu dia call tu, aku baru bangun tido. Tengah mamai. Last², dia datang kiteorang berborak jer sambil dia test drive PS3 aku. Then dia balik ngan tangan kosong. Kesian dia. Esok ko gi la Low Yatt tu Ery, beli yang baru, bukan mahal pun!!!



Si Ery yang still lagi tak berubah lepas kawen. Menten jer, bukan cam aku! Ahakssss!!!

Tengah ngetest PS3.

Power supply dia yang dah terbakar. Esok beli baru jer la Ery!

Aku snap gambo Ery time minum sebelum dia balik rumah.
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog