02 April, 2008

Hujan...

| No comment
MasyaAllah!!! Lebat betul hujan ari nih. Aku balik ke rumah dari kerja lebih kurang 6.23 petang. Lebih kurang sejam setengah jugak la aku menunggu bas di bawah hujan yang lebat nak mampos! Bas pun satu lahabau! Punya la lama aku tunggu, tak jugak timbul². Last² aku ambik keputusan untuk balik berjalan kaki saja. Nasib baik aku bawak payung ceti aku nih! Kalau tak...

Walaupun bukan jauh sangat Tawakal dengan Menara Orkid, tapi terpaksa jugak la aku nak naik bas sebab guruh dan kilat sabung menyabung. Takut jugak la nak berjalan... Lagi pun aku bawak borang² claim dan segala macam dokumen dalam beg. Kalau dibuatnya basah, mampos la aku! Hai la bas. Apsal la servis ko macam celanat!

Sampai² je kat rumah, aku dah lencun abis. Nasib baik la dokumen semua tak basah. Okay jer semua. Cuma kaki aku jer la kembang sebab terpaksa pakai kasut dan stokin basah. Terpaksa la aku membasuh baju aku malam nih... Huh! Penangan berteduh di bawah payung dalam hujan yang teramat lebatnya...

Sakit hati, sakit hati!!!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog