05 April, 2008

Harry Potter

| No comment

Aku memang minat dengan cerita Harry Potter. Pada mulanya, aku tengok dulu filemnya yang pertama iaitu "Harry Potter and the Sorceror/Philosopher's Stone, dan kemudian minat aku beralih kepada buku apabila aku sendiri tidak tahan untuk menunggu cerita seterusnya untuk ditayang di panggung wayang...

Sehingga sekarang, 7 buah bukunya telah aku baca. Dan aku memang berpuas hati dengan pengakhirannya yang boleh dikatakan fair and square untuk good and bad side. Tidak lebih untuk pihak Harry dan tidak lebih juga untuk Voldermort.

So, untuk installment keenam filem Harry Potter yang dinamakan "Harry Potter and the Half Blood Prince" akan ditayangkan di seluruh dunia pada 21 November 2008 dan aku tidak sabar untuk menunggu tayangannya. Walaupun aku tahu bagaimana ceritanya, namun aku pun nak tahu jugak cemana buku keenam ini digarap menjadi filem. Adakah sebagus bukunya...

Dan apa yang menarik, installment terakhir dari tujuh siri buku Harry Potter ini akan dibuat dalam 2 buah filem dengan tajuk "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1" dan "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2" (both are working title). Kedua² filem terakhir ini akan ditayangkan pada November 2010 dan May 2011. Bagi aku, baguslah kalau Warner Brothers nak buat cam tu sebab installment terakhir ini memang yang paling crucial sebab ianya akan menerangkan segala² tentang universe Harry Potter bermula dari buku yang pertama sekali. Kalau nak diterangkan segala² hanya pada satu filem sahaja sudah tentu tidak cukup (dan dah pasti elemen penting akan dipotong dari dicerita). Dan dua filem pasti akan menamatkan cerita Harry Potter dengan penuh stail.

Memang aku tak sabar nak menunggu filem terakhir Harry Potter...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog