19 April, 2008

Hari minggu.

| No comment
Hari minggu datang lagi. Hari yang memang aku tunggu² dalam seminggu. Bukannya apa, waktu inilah aku akan dapat merehatkan badan dan fikiran sambil melakukan kerja² yang tidak dapat aku lakukan sewaktu hari bekerja, sebagai contoh bangun tidur lambat... Ahaks...

Selalunya, apabila tiba hari minggu, aku akan melakukan kerja² seperti mana yang lain² lakukan. Basuh baju dan mengemas bilik (perkara paling aku malas nak buat). Selalunya aku membasuh baju yang seminggu aku longgokkan. Bukannya aku malas nak membasuh, tetapi disebabkan aku membasuh baju dengan mesin, rasanya jika aku membasuh sedikit demi sedikit, aku akan membazir elektrik dan juga sabun membasuh. Jadi, dengan membasuh baju pada setiap hari minggu, sedikit sebanyak dapat menjimatkan...

Seterusnya mengemas bilik pula. Selalunya, pada hari minggu adalah masa aku mengemop lantai dan membuang segala habuk yang melekat di dalam bilik. Terutamanya pada tv yang memang merupakan lubuk penangkap habuk yang amat berkesan di dalam bilik aku. So, terpaksalah aku membersihkan semuanya. Memang aku tak suka membuat kerja yang satu ni sebab aku memang alah pada habuk, tapi nak tak nak kenalah juga aku melakukannya...

Bila semua chores ni aku dah habis lakukan, aku kemudiannya akan membuka tv dan menonton kartun sehinggalah tengahari. Tu pun kalau aku bangun awal la. Tapi sekiranya aku bangun lambat (paling lambat pun pukul 10.00 pagi), dapat tengak separuh aje la. Then bila semua kartun dah abis, terus aku turun ke bawah rumah dan makan tengahari. Kadang², aku akan makan tengahari bersama² dengan ahli Jaquezee. Kadang² Shahrul (mostly), kadang² dengan Ijat... Tengoklah, sesiapa yang free aku ajaklah sekali...

Selalunya, makan tengahari akan berlanjutan ke melepakan sehinggalah pukul 3.00 petang. Kalau tak der plan lain, aku akan pulang ke rumah semula dan kemudian menonton semula tv atau tidur petang...

Malam pula, selalunya, aku akan bermain game sebelum aku menggosok baju untuk kerja esok hari. Bila dah siap semuanya, terus tidur...

Huhuhuhu... Kena tunggu minggu depan pulak untuk melepak dan merehatkan diri... Huhuhuhu...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog