14 April, 2008

Family Day Finance Services APSH 2008

| No comment
So, kehangatan Family Day Finance Services APSH dah pun mulai kurang. Walaupun masih ada cerita-ceriti yang didengari pagi ini sewaktu masuk kerja pagi tadi mengenai perjalanan hari keluarga yang kami lalui kelmarin dan semalam...

Apa² pun, hari keluarga yang telah berlangsung memang meriah. Masing² dengan keceriaan masing². Aku pun tak terkecuali. Ceria kerana dapat melupakan seketika kepala yang sedikit berat dengan kerja.

Jadi sekarang aku akan memulakan report Family Day Finance Services APSH 2008 bermula pada hari kejadian sehinggalah penutup.

Selepas habis kerja pada hari Sabtu 12 April, 2008, kami yang mengikuti hari keluarga semuanya bersiap² untuk memulakan perjalanan ke Jeram, Kuala Selangor, lokasi yang telah dipilih oleh organizer. So, setelah semuanya sedia, semua yang bercadang untuk konvoi akan bertemu di restoran Kunang² sebelum sama² bertolak ke Jeram. Walaupun begitu, tak semua yang ada menunggu yang lain tiba kerana masa yang telah dijanjikan telah lewat berlalu. Ada yang memulakan perjalanan terlebih dahulu dan ada juga yang masih menunggu. Aku adalah antara mereka yang masih menunggu (aku ikut kereta Azri) kerana perjanjian untuk bergerak bersama dengan Encik Fendi (bos) masih lagi valid.

Kak Shima dan Kak June sewaktu menunggu di restoran Kunang²

Aku di dalam kereta Azri.

So, selepas Encik Fendi sampai, kami pun memulakan perjalanan ke Jeram. Waktu ini, ada 5 sehingga 6 kereta yang mengikuti konvoi Encik Fendi sehinggalah kami sampai di kem askar tidak jauh dari Sungai Buluh apabila selebih kereta yang bergerak dahulu tadi menunggu ketibaan kami.

Encik Fendi dan Azri berbincang sesuatu...

Menunggu ketibaan kereta yang lain.

Deretan konvoi APSH ke Jeram.

Apabila kami sampai ke Pantai Indah Seaview Resort di Jeram, Kuala Selangor lebih kurang jam 5.00 petang, aku terkejut juga tengok kawasan tempat kami bermalam nanti. Bukan apa, hanya ada satu sahaja bangunan tinggi sahaja di situ yang merupakan apartment yang organizer telah charted untuk tempat penginapan kami, Apartment ini betul² mengadap laut dan kawasannya adak tersorok dan terpencil dari jalan besar mahupun kawasan penduduk. Tapi... tak kisah lah, asalkan tempat yang akan kami duduki nanti best.

Apartment yang kelihatan dari jauh di Pantai Indah, Jeram.

Semakin mendekati...

Apabila sampai, semua peserta² hari keluarga mendaftar diri kepada urusetia. Kami mengambil kunci bilik masing² dan kemudian mendaftar nama untuk cabutan bertuah yang akan diadakan malam nanti. Bila semua dah settle, kami bergerak ke apartment masing². Aku telah ditentukan untuk tinggal bersama enam lagi perserta yang lain iaitu Azri, Zack, Firdaus, Nazrul, Najib dan juga Adlik. Akan tetapi, apartment yang aku duduki ni hanya akan didiami seramai 6 orang sahaja termasuk aku oleh kerana Azri akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur lewat malamnya kerana ada hal yang perlu dia uruskan.

Daftar dulu sebelum masuk apartment.

View laut dari beranda.

Snap sendiri sambil di interframe oleh Nazrul.

Nazrul bergaya di dalam apartment. Macam iklan susu...

Tiga jejaka pingitan... Di beranda apartment.

Setelah semuanya settle, kami diberi ruang untuk menjalankan aktiviti bebas. Aku mengambil waktu ini untuk berjalan² bersama Nazrul, Lisya dan juga kawan baru aku yang bernama Aida. Kami melalui kawasan laut untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Sempat juga kami berposing² untuk gambar kenangan. Walaupun pantai yang kami lawati itu tidak begitu bersih (hanya pantai lumpur), namun inilah tempatnya orang² di kawasan berhampiran mencari rezeki dengan mencari kerang dan lokan untuk dijual mahupun untuk kegunaan sendiri.

Aku, Nazrul, Lisya dan Aida. Sedang menuju ke pantai...

Papan tanda/iklan di Pantai Indah... Hurm...

Lisya dan Aida berposing...

Encik Isa sedang menemuramah brother pengutip kerang.

Lisya dan Aida yang melihat kerang secara dekat. Saja nak interframe je nih!

Kami berempat kemudiannya berjalan ke kawasan berplatform pula untuk melihat orang memancing ikan. Dua orang rakan sekerja aku; Azman dan Redha dah bersiap sedia dengan joran dan umpan untuk memancing. Ketika inilah Nazrul mengikuti jejak langkah mereka berdua untuk memancing setelah tidak tahan dengan godaan mata apabila melihat Azman dan Redha asyik memancing.

Aida dan Lisya kemudiannya meninggalkan kawasan memancing ini berdua kerana malan sudah pun berlabuh. Nazrul pula masih leka memancing bersama Azman dan Redha... Manakala aku pula tinggal sebentar untuk mengambil gambar pemandangan laut di kala senja.

Ada gaya tak aku memancing? Acting jer nih!

Azman dan Redha.

Lisya dan Aida bergerak pulang ke apartment. Aida kena pimpin sebab gayat kat platform tu. Hehehehe...

Asyik nyer si Azman ni memancing.

Ni pun buat² sibuk memancing. Hehehehe...


Antara gambar² sunset yang sempat aku snap:










Dalam perjalanan pulang sendirian ke apartment, aku dapat lihat urusetia² semuanya sedang sibuk melakukan kerja untuk program malam itu. Ada yang mengangkat barang dari van, ada yang mengemas barang... Ada yang set-up P.A. system... Aku rileks jer mengambil gambar sebab aku tak der kena mengena dengan itu gambar... Hehehehe...

Encik Fendi dan Zaki.

Interframe dulu baru buat kerja. Jaafar dan Azri.

Uik! Sempat balik tolong tu... Apa jadik kat pancing ko Redha?

Ni saja² je buat sibuk!

Pada malamnya, program yang telah dianjur oleh urusetia dan organizer hari keluarga mula dijalankan. Aku turun agak lewat sebab menunggu yang lain bersiap. Bila semuanya siap, kami pun turun ke kawasan berbumbung tidak jauh dari kawasan apatment yang kami duduki. Waktu pada ketika itu lebih kuran jam 8.00 malam. Sampai² je di sana, dah ada ramai yang menunggu. Manakala barbeque dan makanan pula sudah sedia terhidang.

Program dimulakan dengan acara makan terlebih dahulu. Waktu ni semua sedang berebut² mengambil makanan. Aku rileks je sambil mengambil gambar² mereka yang sibuk memilih makanan (takut habis). Dan kemudian acara diteruskan dengan permainan kanak² iaitu kerusi berirama. Sepuluh orang kanak² dikehendaki merebut untuk duduk di atas kerusi yang hanya ada lapan sahaja, yang kemudiannya kurang kepada enam, empat, dua dan seterusnya satu. Mereka yang tidak dapat duduk secara automatik terkeluar dari permainan.

Kak June, Aida dan Lisya yang dah sedia nak terima hadiah cabutan bertuah.

Uik! Macam seminggu tak makan... :p

Ayam dan ikan bakar. Sedap giler!

Time ramai berebut ambik makanan. Aku tak dapat pun... Huhuhuhu... Sedih!

Game kanak², kerusi berirama...

Acara kemudiannya diikuti pula dengan cabutan bertuah. Hadiah utama berupa tv 29 inci LG (pertama), basikal (kedua) dan pemain dvd (ketiga). Yang lainnya hanyalah hadiah sampingan (semua pekerja APSH dapat). Hadiah utama dimenangi oleh Firdaus yang sangat seronok sampai melompat²... Aku dapat set cookware jer. Jadi lah!

Pemenang cabutan bertuah utama, Firdaus yang dapat tv LG 29 inci. Jeles siot!

Aku menang cookware jer...

Kemudian acara permainan dewasa pulak. Dua permainan untuk orang dewasa iaitu permainan yang sama seperti kanak² tadi, dan yang kedua pulak permainan melepaskan diri dari ikatan; dua orang yang berpasangan diikat tangan masing² dan dikehendaki melepaskan diri. Masing² mencuba, dan macam² kaedah dilakukan, semuanya tak berjaya...

Game orang dewasa plak, pun kerusi berirama. Amboi Lisya!... Meminggul ek?!... Ekekekeke...

Ni plak game kedua...

Kemudian acara disusuli pula dengan pertandingan karaoke. Hanya empat peserta sahaja yang masuk dengan suara yang boleh lah... Cenggitu² je... Pemenang pulak ialah Encik Saiful dari depatment A&E. Kedua pulak Azri.

Peserta² karaoke...

Azri dapat bunga dari Kak Shima!

Habis je acara karaoke dan pemberian hadiah, maka tamatlah program hari tu. Waktu lebih kurang jam 11.00 malam. Semua orang bersurai dan pulang ke apartment masing². Aku dan Nazrul pulang dulu ke aparment sambil membuka hadiah cabutan bertuah masing². Bising jugalah waktu tu kerana masing² mentertawakan hadiah yang mereka dapati.

Acara paginya adalah sukaneka. Selepas sahaja sarapan (nasi lemak, sandwich dan mi goreng), semua orang berkumpul untuk memulakan acara sukaneka. Namun pada ketika ini, aku, Nazrul, Lisya dan Aida melarikan diri ke pantai sekali lagi untuk berjalan². Sekali lagi melawat kawasan memancing dan kemudiannya pulang semula ke tapak sukaneka...

Gossip pagi sebelum sarapan.

Snap gambar sendiri. Boring tunggu gossip blom abis. Hehehehe...

Jauh betul pandangan...

Lisya ngan Nazrul tengah berehat. Penat jalan jauh la katakan!...

Walaupun kami skip beberapa acara, namun masih banyak lagi acara yang masih belum dijalankan. Aku sempat jugalah masuk satu acara iaitu meniup tepung sambil mengambil gula² dari piring. Habis muka aku penuh dengan tepung. Nasib baik lah team aku memang dan dapat tuala sebagai hadiah. Sebelum selesai acara sukaneka, kami bergambar beramai² sebagai kenangan... Ketika ini, Cik Has memberikan ucapan penutup kepada Family Day Finance Services APSH 2008.

Sukaneka kanak². Imbang buku atas kepala...

Acara tiup belon. Besar lagi dik! Kecik jer tuh!...

Abis muka aku penuh tepung. Sib baik hadiah tuala, boleh lap...

Main pijak² belon.

Bergambar beramai². Aku jer yang tak der sebab aku photographer unofficial.

Selepas itu, tibalah masanya kami berenang di kolam renang di belakang apartment. Pada mulanya aku tidak la mahu ikut serta, tapi bila semua kawan² aku dah terjun masuk ke kolam, aku pun tak sabar nak ikut serta... Habis baju yang aku pakai basah sebab aku terjun dengan baju yang aku guna untuk sukaneka tadi. nasib baiklah bersih. Hehehehe... Yang seronok pada ketika ini adalah Kak Shima.

Berendam time!

Merah dah mata aku!

Seronoknyer Kak Shima ni...

Sewaktu di dalam kolam inilah kami menjalankan aktiviti panjat dan tolak serta bermain polo air. Ketika bermain polo air, aku dan lima orang lagi menentang team bos aku Encik Fendi, dan team aku menang... emmmm... Berapa ntah score, aku pun dah lupa sebab terrer sangat team aku. Hahahaha...

Main panjat dan tolak! Aku ngan Zack menang!

Ni plak, aku main polo air. Menang gak!

Habis sahaja bermain polo air, aku kemudiannya pulang ke apartment bersama Nazrul. Dah tiba masanya kami berkemas dan check-out pada jam 1.00 petang. Aku, Nazrul, Lisya dan Aida kemudiannya bertolak semula ke KL diikuti dengan Kak June dan Kak Shima di belakang. Tamatlah sudah hari keluarga yang kami tunggu²kan setelah sekian lama...

Sekian, Ijann melaporkan!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog