29 April, 2008

An evening with my favourite girl...

| No comment
Today, I spent my evening with my favourite girl, Gurl! Hehehehe... I've been calling her with that name since I knew her since then.. Supposed, we should met up yesterday but she had to do something and postponed it till today. Anyway, I had a good evening with her... chat and all... Bukan selalu dapat jumpa pun, since she's at Johor, while I'm here in KL...

Tangkap gambar orang lalu lalang kat ruang legar!

Aku tunggu dia berhadapan dengan TGV KLCC. Dia cakap dia tak nak tunggu depan Kinokuniya sebab dia cakap nanti aku akan menghabiskan masa browsing all the books in there. Hehehehe... Well, lots of interesting books in there dear! So, apa salahnya browse some of the book while waiting for you. Hehehehe... But a promise is a promise. Aku tunggu depan TGV, well not actually in-front of TGV, but kat corridor yang boleh tengok ruang legar tu.

Gambar orang naik lif pun aku ambik. Cheh!

One of my favourite store kat KLCC, Best Dengki.

Gambar TGV dari kejauhan...

After we met, aku ngan Gurl gi makan sekejap kat Sushi King. Nasib baik la orang tak ramai. Aku ngan Gurl duduk dekat ngan meja sushi yang berpusing tuh. Ranjang gak mata aku tengok sushi yang bergerak berpusing² macam keretapi tu. Sempat gak aku ambik 2-3 pinggan sushi favourite aku. Tu pun sebagai pencuci mulut sebelum main dish yang kitaorang order tu sampai. Aku makan Udon Tempura manakala Gurl pulak makan Udon Black Papper. Sedap gak... While drinks plak aku oder green tea and gurl green tea ngan 7up.

Lama gak dok kat situ. Nak gak sejam kat sana makan sambil menyembang tentang various things! Memang dah lama tak menyembang ngan Gurl face-to-face cenggini. Last time pun tahun lepas. Tu pun kejap jer, kalau tak silap aku depan hotel tempat dia menginap dengan mama dia masa tu...

Gurl tengah makan Udon Black Pepper dia yang pedas gilak!

Udon tempura aku yang dah nak habis!

Dah nak abis makan baru la nak amek gambo! Cuba tengok piring sushi tuh. Bersusun kan? Hahahaha...

Gurl yang tengah kepedasan.

Then, kitaorang bergerak ke Low Yatt dalam misi nak mencari beg laptop Gurl. Kitaorang ke sana menaiki bas Rapid KL. Hehehehe... Gurl cakap ni 2nd time dia naik bas. Hehehehe... Tak per la! Ada gak pengalaman naik bas Rapid KL pas nih. Bas yang kitaorang naik tu berhenti kat Sungai Wang.

Kitaorang pusing dulu kat area Sungai Wang tu sebelum bergerak ke Low Yatt. And memang tak der apa yang menarik pun kat Sungai Wang tu. Tapi ada gak la some moments when Gurl turning her head when she saw beberapa kedai kasut kat situ. Hahahaha... Gurl ni memang hantu kasut. Pantang nampak kedai kasut, sure dia nak berhenti. Arghhhh... Tapi aku teruskan juga perjalanan tak mo dia singgah! Kikikiki... Lengkali kita singgah ek Gurl. Kedai hand bag pun kita singgah sama nanti. (^_^)v Peace!

Area kat Sungai Wang ngan Lot 10.

Sampai kat Low Yatt, abis kitaorang geledah 3 tingkat bahagian IT tuh. Dari tingkat 3 sampai la tingkat 6. Tapi satu pun tak ada yang Gurl berkenan. Ada tu memang la ada, tapi a bit expensive dengan budget yang dia ada. Gurl mencari beg laptop berwarna merah, tapi semuanya mahal² belaka. So, misi mencari beg laptop yang dia nak tu tak accomplished. Kat JB la jawabnya dia cari nanti.

Bila kitaorang dah tawaf abis Low Yatt tu, kitaorang singgah jap kat Coffee Beans. Pekena ice-blended kejap. Hahahaha... Since dah ada kat sini, aku membelanjakan diri Gurl sebab kitaorang memang dah plan untuk menduduki Coffee Beans bersama dan hari ini adalah merupakan hari yang kitaorang tunggu²kan. Lama gak duduk kat situ, lagi lama dari di Sushi King tadik. Nak abis 5 batang rokok gak la... We talked and talked some more like there's no tomorrow. Chewahhhh... Ayat macam sialan kan? Hehehehe... But anyway, aku sangat happy sebab hari yang dah lama aku ngan Gurl plan akhirnya termakbul juga... Thanks Gurl! I'll remember this day!

Gurl yang membeli Untie's Ann dia. Pekebenda ntah nama roti yang dia beli tapau tu. Hehehehe...

Some of the pose she made when I snapped her picture...

Aku yang gumuk!

Our ice-blended coffee with cream...

Cheese moment! Smile! (^_^)

Peace bebeh! (^_^)v

Time to move. Actually waktu ni tak la lewat sangat. Lepas jer kitaorang habis minum kat Coffee Beans, aku ngan Gurl bergerak ke Sungai Wang balik. Aku nak beli action figure dalam "bola pokemon". Hehehehe... Dah giler dah aku nak mengumpul action figure dari anime "Melencholy of Haruhi Shizumiya" ni. Gambar action figure tu pun aku lupa nak amek. Nanti² la.

Pas beli jer menda alah tu, aku ngan Gurl bergerak naik monorel menuju ke KL Sentral. Gurl akan naik komuter ke Subang Jaya plak lepas tuh...

Gambar aku snap waktu aku ngan Gurl dalam monorel.

This picture also taken inside the monorel, but a lil bit blur!

Ni aku tangkap gamba sendiri. Pun dalam monorel gaks!

Sampai jer kat KL Sentral, aku belikan tiket ke Subang Jaya untuk Gurl. Sempat lagi menyenap gambar terakhir sebelum hari aku ngan Gurl berakhir kat situ. So, bila "masa dah time" (Quote bos aku!), Gurl pun beredar menaiki komuter ke Subang Jaya. Aku plak menaiki Putra ke Masjid Jamek yang kemudiannya aku tukar tren STAR pulak untuk ke Sentul.

Tamat la hari petang aku ngan Gurl. Walaupun sekejap, but we had fun. She had a really good time with me (hope so!), and I had a good time too with her around...

Kalau ada masa, panjang umur, aku ngan Gurl akan berjumpa lagi. InsyaAllah...

Berhadapan pintu masuk KTM Komuter KL Sentral.

Snap gambar sekali sebelum kitaorang berpisah kat situ.

Tren menuju ke Pelabuhan Klang pada jam 9.35 malam.


Tiket yang aku belikan untuk Gurl.

p/s: Hope your day fill with happiness... My prayer always be with you Gurl! Always!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog