20 April, 2008

Dan malamnya...

| No comment
Adik aku pulang lebih kurang dalam jam 7.30 malam. Sempat dia mengambil beberapa keping dvd game dan movie dari simpanan aku. Aku pun tak kisah since dvd player dan jugak aku punya PS2 dah lama "arwah" (got to buy new dvd player tho...). Sempat aku antar dia kat depan Menara sebelum dia bergerak menuju parking kereta yang agak jauh (hampir² dengan stesen LRT). Aku mengambil kesempatan tu untuk membeli beberapa batang rokok.

Nak melepak dengan bebudak Jaquezee, sorang pun tak nampak batang hidung... Bosan lagi aku hari ni... Wei! Balik la cepatttt!!!!

Lepas membeli beberapa batang rokok, aku terus naik ke rumah. Nak tengok apa kesudahan pen"download"an Metal Gear Online yang aku biar waktu turun tadi. Hmmmm... Still lagi error. Bengang betol aku! Bila la boleh aku main game tu...

Bosan kesorangan di rumah, aku surf internet dan membaca beberapa posting kat Bincang.net kalau² ada sesiapa yang membalas posting aku. Sedar², waktu dah pun pukul 9.30 malam. Terus aku offkan PS3 yang dah lama on dari pagi tadi. Biar la dia rehat sampai esok. Kang, kalo terover on plak, mampuih aku... Dah la menda mahal...

Aku still lagi online guna pc sehinggalah kebosanan aku mencapai tahap cipan. Huhuhuhu... Tak tau aku apa nak buat. Nampak jer handphone terus aku sms Shahrul tanya dia di mana...

"shahrul x blk cni ke? bosan gilerz.." - Ini adalah mesej yang aku hantar pada Shahrul, dan kemudian balasannya...

"Blk.tp lewat skit kot."

Aduzzzz... Merempat lagi la aku dalam bilik. Nak gi makan sengsorang kat bawah, tak der hati la pulak... Last², nak menghiburkan hati yang kebosanan, aku mengambil gambar bilik aku sendiri. Huarghhhh... Hari yang bosan, bilik yang bosan... Nasib baik la ada internet, pc, PS3, PSP... Rancangan tv lupakan sajalah. Dah lama giler aku tak menonton tv (kecuali sekarang sewaktu aku menulis blog ini, ada rancangan CSI Miami... tu pun tengok main² sambil menaip).

Sedar tak sedar, beberapa batang rokok yang aku beli tadi semuanya habis. Nasib baik aku tak beli satu kotak (konon nak kurangkan rokok la nih, tapi hampeh...). Kalau tak, satu kotak tu habis aku hisap.


Gambar bilik aku dalam format panorama. Klik untuk gambar besar.


Modem USB yang kadang kala ok, kadang kala macam sialan.


Lemari baju yang dah tak muat menyimpan baju² lagi... Huhuhuhu...


My place of zen...


Kyon's sister. Aku beli masa kat The Curve.


Tempat bertenet aku tiap ari...


Where my PS3 rest assure... And my 3 favourite girls...


Rak ni pun dah penuh dengan Gempak dan DVD... Need a new rack.

Aku tau bilik aku ni tak ler sekemas mana. Tapi, untuk aku duduk setiap hari dan melepaskan penat lelah, boleh la... Asalkan ianya cozy and comfortable cukuplah...

So, itulah yang dapat aku ceritakan mengenai hari minggu aku dalam 3 part. Pagi, petang dan malam. Walaupun tak sehappening orang lain, tapi... boleh la. Hehehehe... I had a nice weekend. How about you?

p/s: Internet ni pulak satu macam pant*k. Pagi elok jer dia. Time malam jer dah macam taik jer connection. Ndak jer aku hempuk modem tu kat dinding bior bersepai. Dah la aku bayor mahal tiap² bulan. Tapi servis macam sialan!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog