20 April, 2008

Dan kemudiannya...

| No comment
Punyalah aku lapo pagi tadik. Nak turun beli sarapan malas pulak rasanya. Mandi pun blom lagik. Selongkar punya selongkar, rupanya masih lagi ada belen² spegetti yang tak abis tempohari. So, dengan bangganya, aku pun pergilah ke dapur dan menjerang air sehingga menggelegak dan kemudiannya mencampak spegetti yang masih berbelen ke dalamnya. Settle. Aku makan dengan sos yang ada dalam peti sejuk, cuma panaskan ajer...

Spegetti oh spegetti!

Dan tengaharinya plak, aku mengemas bilik. Dok la membela aku nyer bunga yang dah kering dalam pasu. Bunga yang aku beli masa kat Cameron bulan lepas. Baru sekarang la dia nak kering... Sambil tu, kat PS3 aku mendownload video pree yang ada kat Playstation Store. Saje je aku download, nak memenuhkan aku punya hard drive yang ciput tuh.

Bunga yang sudah kering, masih lagi aku simpan... Tanda kenangan... Eceh!!!

Tengah mendownload video dari Playstation Network.

Tengah aku mencuci pasu yang aku boh bunga tu, tetiba aku dapat mesej daripada adik aku. Dia cakap dia dah ada kat luar rumah. Dah sampai rupanya. Aku ajak dia datang rumah minggu lepas untuk test drive PS3...

Pas bukak jer pintu, dia muncul. Dia bawak dia punya portable hard drive yang ala² modem wireless gitu. Punya la besar storage dia, dalam 180 gig. Ada la pakai dalam 10 gig cam tu. Dia cakap dia nak movie yang aku download dari internet. So, aku boh la memana video yang aku download ari tu dalam hard drive dia.

Sebenarnya, waktu dia datang tu, aku nak turun beli menda makan. Nasib baik dia datang awal. Kalo dak, sure tak jumpa aku.

Adik aku tengah melayan internet dan video yang dia nak.

Pas makan menda yang aku bungkus tuh, aku menyambung game Devil May Cry 4 yang aku beli hari tu. Aku tak concerntrate sangat main game nih sebab, game ni bukanlah game favourite aku. Tapi, dalam tak favourite tu, habis jugak la satu level. Huhuhuhu... Susah nak mampos kalahkan boss nih, tapi dapat jugak dimatikan dalam tangan aku.

Devil May Cry 4 in action. Tapi gambar tak nampak sangat!

Tengah² main, hujan pulak turun. Hampress. Connection macam taik la jawabnya nanti... Aku benti main Devil May Cry 4 dan memberikan sixaxis pada adik aku, dan aku kemudiannya menyambung menulis blog nih.

Malam karang aku sambung apa aku buat plak... Bosan tahap gaban sekarang nih!!!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog