24 April, 2008

Dan hari ini...

| No comment
Tup tap tup tap... Dah pukul 7.00 malam. Rasa baru jer kejap tadik aku balik rumah. Dok mengadap pc nih, then online, chat with few people including my bro (which I misposted some message to his window thinking of someone else... Malu jap!) while typing this post!

Hari ni, air still lagi tak ada. Luckily, aku dah simpan air awal². Takut dia tak der lagi macam semalam. Tak pasal² EL lagi (which reminds me that I haven't filled out the EL form yet. Gotta do it tomorrow...). Walaupun aku dah tahan air, tapi mandi still lagi tak puas sebab memang dah tebiat aku duduk dalam bilik air setengah jam. Tapi pagi tadi tak dapat pulak. Tu yang buat tak puas ati...

Then, kat opis plak, aku still lagi menerain (ayat dasar "train") budak baru yang bakal menggantikan aku nanti. Aku buat job lain since deparment aku bukak post baru. So, aku la pioneer post tu nanti... Tak sabar nak buat keje baru.

Then aku ngan Ainol (the trainee), gi ke KFC, kendian ke Damansara, ke I&P dan destinasi seterusnya ke Tawakal sebelum aku ngan Ainol balik ke rumah. Nasib baik semua keje aku kat Ampang dah siap sebab esok aku, Ainol ngan En. Fendi akan menghadiri meeting dengan Mayban Fortis Holdings Bhd. yang supposenya dibuat semalam. Tapi disebabkan aku EL, terpaksalah dikenselkan dan dibuat pada hari Jumaat.

Dan sekarang ni pulak, aku dah tak der idea nak menulis apa. Since hand-over job aku belum selesai (sehingga awal bulan depan), selagi tu la aku tak dapat nak concentrate nak menulis blog nih. Kepala asyik pening jer... Tapi tak kisah la, bulan depan aku dah tak pening kepala lagi.

So, kalo nak post yang best², tunggu ajer la bulan depan... Till then Adios Amigos!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog