15 April, 2008

Akhirnya...

| No comment
Setelah berhempas pulas menggodek dan mengulit notebook baru beli Zack (office mate aku) yang meminta tolong dari IT untuk menginstall OS ke dalamnya... Entah cemana, masalah itu tak dapat nak diselesaikan oleh kerana hard disk yang tidak dapat nak di aksess kerana Windows XP yang hendak di install itu tidak support SATA HDD...

Hahahaha... Bermacam² perkara telah dilakukan oleh IT dan aku sendiri, sehingga habis waktu kerja, namun masalah itu tidak dapat nak diselesaikan. Nak mendownload driver dari internet macam hampress... Internet dah la kena block... Connection pulak macam siput... Hemmmm... Last² masing² dah fed-up dan surrender untuk menginstall OS dalam notebook yang super canggih dengan spek yang tip-top tuh... Masing² dah angkat bendera putih!

Akhirnya, aku mengofferkan diri untuk menyelesaikan masalah itu dengan membawa pulang notebook itu untuk di godek di rumah (of course after persetujuan daripada Zack...). Nak dekat 2 jam jugak la aku menghadap notebook tu. Last² selepas mendownload itu dan ini, akhirnya aku dapat mengakses hard disk yang bersaiz 160GB tu. Aduh! Punya la seronok... Cuma nak memformat tu yang lama... Mungkin tengah malam ni baru siap...

Apa² pun masalah dah dapat diselesaikan. Untuk tuan punya notebook yang baru, selamat menggunakan notebook ko!


Notebook yang sedang dalam proses pemformatan...


Pis (^_^)v
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog