07 Mac, 2008

Typical day...

| No comment
Hmmm... Sekali lagi hari yang membosankan untuk aku. Hari yang membuatkan aku rasa tidur itu lebih baik daripada pergi kerja (hahahaha...). Tapi aku menggagahkan diri untuk melangkah kaki ke pejabat. Nasib baiklah hari ni air dah ada macam biasa. Kalau tak, terpaksalah aku menumpang mandi kat rumah Kak Zie. Slalu benor tak der air nyer kat apartment ni, slalu beno nyer mencuci tangki, tapi servis tetap tahap cipan... Hai! Busan sungguh!!!

Sampai je kat pejabat, aku macam biasa mengadap sarapan yang aku beli dari cafe. Hari ni nasi lemak. Teringin pulak nak melantak menda ni. Kalau tak, hari² melantak kuetiaw goreng. Then, bila cukup masa 8.30 pagi, aku mula buat kerja. Tengok collection, tengok statement, tengok figure... Then, dapat call dari akaun mengatakan cek claim dah siap. Berseri² la sikit hari ni. Then buat announcement kat collegue pasal cek yang dah siap tu, maka kecohlah sekejap suasana pejabat ni dengan keseronokan untuk mendapat duit. Nasib baik la bos cuti hari ni, so kekecohan yang terjadi lebih sedikit dari biasa, kalau tidak... semuanya kejung takutkan bos.

Aku mengofferkan diri untuk bank-in cek² collegue aku yang malas nak ke bank. Hampir kesemuanya memberikan aku tugas mengbank-in cek mereka. Aku tak kisah pun. Aku memang suka guna mesin deposit cek tu. So interactive, tambah² lagi mesin baru yang scan cek tu pada statement, memang menyeronokkan bagi aku. Aku sorang je menggunakan mesin deposit cek tu dah makan masa dekat 10 minit. Bukan sikit. Nak kat 7 ke 8 cek yang aku deposit. Hehehehe... Saja je aku buat lambat² sebab seronok menggunakan mesin tu (macam orang jakun la plak!)

Then, the rest of the day macam hari² biasa.

Lepas je habis kerja, aku singgah kejap kat Gamers Solution. Aku nak mintak si Bernard ngan Crystal tengok²kan aku nyer memory stick yang tak buleh nak format, Malangnya, dah tak buleh nak buat apa² dah. Dah rosak bebenor. Terpaksa digantikan dengan yang baru. Nasib baik la aku dah biasa dengan derang, dapat la rege yang murah sket dari harga biasa. Sambil tu, suruh derang masukkan game baru dalam memory stick. Aku suruh masukkan game Final Fantasy VII : Crisis Core, Monster Hunter 2 Freedom dengan Silent Hill Origin. Hehehehe... balik ni dapat menyambung balik pertarungan aku yang dah lama terbengkalai.

Sambil menunggu Crystal memasukkan game dalam memory stick tu, aku pun melayan sekejap game XBox 360; Virtua Tennis. Layan gak... Aku asyik menang je lawan ngan komputer. Terasa terer plak bila ramai yang kerumun tengok aku main game ni kat depan Gamers Solution tu. Then, permainan aku tergendala kejap sebab ada customer yang nak mengetest PS3 baru kat tv Bravia yang aku main tadik. Aku tak kisah pun, sebab aku memang nak tengok cemana Bernard setup PS3. Then, test la few games (aku tengok je...) kat PS3 tu yang mana memang menggiurkan aku melihat kecantikan grafik dia. Huhuhuhu... Kalau aku sengsorang, mau gak meleleh air liur aku nih. (^_^!) Then, bila customer tu satisfied, Bernard pun bungkus la PS3 tu balik. Aku pulak sambung balik main Virtua Tennis. Bila siap je Crystal dengan memory stick aku tu, aku bayar then terus aku balik rumah...

Dah pukul 7.30 bila sampai ke rumah.

Aku terus mandi, tukar baju dan cuba nak melelapkan mata, dan kemudiannya terbangun sampai la ke saat aku menulis blog ni. Lepas ni nak try memory stick yang aku beli tadi kat PSP aku, then nak layan game jap sebelum aku sambung tido untuk esok hari...

Hemmmm... (_ _!)
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog