05 Februari, 2008

Sinking Island...

| No comment
Dah lama aku tak sentuh PC-Game semenjak aku beli PlayStation. Tapi, since Benoit Sokal keluarkan game baru, terus aku beli game ni dan install kat PC.

Mesti korang tak pernah dengan siapa Benoit Sokal kan? Dia sebenarnya adalah seorang penulis komik dari Europe. Tapi, walaupun dia ni seorang penulis senario komik, aku tak pernah baca pun komik² hasil dari tulisan dia. Aku kenal dia pun melalui game daripada hasil dari ilham dia. "Siberia". "Siberia" bagi aku adalah sebuah game yang mempunyai jalan cerita yang unik dan penuh dengan teka-teki.

Stail game "Siberia" adalah game yang lain dari yang lain. Pemain hanya perlu "point & click" untuk menyelesaikan teka-teki dan seterusnya mengikuti jalan cerita dan menghabiskan game tersebut. Lepas habis aku main "Siberia", aku sambung pulak dengan "Siberia 2" sambungan kepada game "Siberia" yang penghabisannya tergantung... "Siberia 2" pun mengekalkan cara permainan yang sama iaitu "point & click"...

So, lepas habis kedua² game tersebut, aku cukup puas hati dengan gameplay dia. Walaupun sedikit kebudak²an, tetapi teka-teki yang ada dalam game tu, memang menguji minda... Walau macam tu, game ni penah gak menang anugerah game yang mempunyai latar belakang yang paling cantik...




So, sekarang... Benoit Sokal sekali lagi membuat game baru selepas "Siberia" dan "Siberia 2". Masih lagi mengekalkan konsep "point & click", Benoit Sokal keluarkan game "Sinking Island" pulak. Masih lagi berteka-teki, game ni membawa pemain untuk membawa watak Jack Norm yang ditugaskan untuk menyiasat kematian seorang billionair yang bernama Walter Jones.

Aku masih lagi bermain game ni dan aku harapkan game ni berkualiti sama seperti game "Siberia" dan "Siberia 2" dulu...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog