29 Februari, 2008

Penat!

| No comment
Sehari aku tak update blog, macam seminggu rasanya. Bukannya apa, aku tak sempat nak update disebabkan badan yang terlalu letih akibat kerja² luar yang amat memakan masa lama (tapi aku suka!)... Macam semalam, lepas je balik dari kerja, aku terus tertidur sehinggakan aku terbangun pada paginya. Bangun² terus pergi kerja balik. Huhuhuhu... Giler kan?

Macam hari ni pulak, hari terakhir collection hospital². Berkejar aku ke company². Dan hari ni jugalah merupakan rekod pertama aku buat julung kalinya. Tak pernah² aku pergi enam company sekaligus. Aku keluar pagi dalam pukul 9.30 pagi dan kemudian balik semula ke pejabat dalam lebih kurang 5.45 petang. Nasib baik ada orang yang akaun yang balik lambat untuk update akaun² company yang aku buat collection tadi... Huhuhuhu...

Berehat kejap kat pejabat (hanya tinggal aku, yang lain dah balik ataupun pergi minum, aku pun tak tau derang gi mana...), kemudian aku bergerak balik ke rumah. Waktu tu lebih kurang jam 6.30 petang. Hujan turun pulak tuh... Renyai². Adulaaa... Time ni la pulak dia nak turun!

So, sepanjang perjalanan balik aku dok tengok jer ujan kat luar LRT tu. Tak ramai yang naik, mungkin terkandas kot tengah jalan. Dalam tengah dok memerhati ujan yang kat luar tu, terasa sengal² kat kaki. Huhuhuhu... Bahana aku berjalan terlalu lama hari ni. Penat sungguh kaki aku!!!...

Kalau diikutkan, ari ni jer aku dah meneguk lebih kurang lapan botol air mineral. Pergi tandas lak berapa kali ntah. Punyalah panas hari ni, tau² petang dah ujan pulak... Hallemak!!! Yang menjadi mangsa aku la... (Uish!!! Tak baik pulak aku cakap cam nih, kerja Tuhan tu!!!)

PENATNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...



Bawah ni, antara gambar² yang aku snap waktu berjalan ke company² tadik... Sempat gak aku mengambil gambar dalam ke"hectic"kan aku ke bergerak ke sana ke mari. Bukan apa, sekadar nak menghiburkan hati ni dari kebosanan. Kang asyik buat keje je, jam pulak kepala aku nih. Dah la kaki penat...



Dua ekor burung merpati waktu aku nak gi kerja pagi tadik. Hahahaha... Ni mesti baru bangun tido.





KLCC diwaktu pagi. Yang atas gambar yang aku dah zoom, yang kat bawahnya pulak, KLCC dari jauh.





Dua gambar yang sempat aku snap dari dalam bas waktu berhenti di traffic light. Bunga² ni cantik plak dia kembang kat tengah² jalan yang penuh dengan asap kenderaan.





Dua lagi gambar KLCC yang paling dekat aku snap waktu dalam bas. Time ni, langit dah start mendung. Hehehehe... Aku cukup suka tangkap gambar KLCC. Sebab bagik aku, KLCC ni cantik! Hahahaha...



Yang ni plak, gambar waktu aku naik eskelator kat Dang Wangi yang boleh tahan tingginya. Couple tu plak sempat buat drama depan aku. Sungguh munyet derang nih!

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog