25 Februari, 2008

Peluh sejuk...

| No comment
Buuuuuuu... (_ _!)

Seharian hari ni aku tak keluar dari office sebab nak menyiapkan kerja² untuk aku esok. Banyak ctc yang nak disiapkan untuk aku hand over kepada orang yang sepatutnya esok. Sampai aku tak keluar gi makan tengahari aku tadik. Nasib baiklah aku dah makan sarapan pagi...

Tapi, disebabkan ada few ctc yang perlu aku dapatkan daripada 2 hospital lagi, maka aku pun terpaksalah keluar untuk mengutip ctc yang dah aku request semasa aku buat kerja tadi. So, aku pun keluarlah menuju ke hospital yang paling dekat dengan rumah aku lebih kurang jam 3.30 petang (supaya aku tidaklah melakukan kerja 2 kali). Pergi ambil ctc, buat kerja dan kemudian balik. Lintang pukang aku berjalan tak cukup tanah sebab aku takut aku sampai lambat...

Bila dah siap semua kerja, dan bila tempat yang aku buat kerja tu dah lengang, aku pun mengambil keputusan untuk balik rumah. Berjalan kaki je... Waktu aku berjalan kaki ni la aku rasa pelik sedikit. Seluruh badan aku rasa macam seram sejuk. Peluh kepenatan yang keluar dari dahi aku terasa sejuk teramat walaupun hari ketika itu sedikit panas (tapi tak lah sepanas tengahari). Langkah kaki pulak aku rasa macam ringan semacam... Umpama tak pijak tanah. Rasa²nya, kalau ditiup angin, mau aku terbang (walaupun aku dah semakin berat). Rupa²nya baru aku perasan yang aku belum lagi menjamah makanan semenjak sarapan tadik. Bahaya jugak ek tak makan tengahari nih (wakakaka...) Nasib baik sempat sampai rumah... Kalau tidak, ntah kat mana² aku landing kang...

Huhuhuhu...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog