14 Februari, 2008

Kemaruk!

| No comment
Semalam aku kemaruk nak makan spagetti. Jenuh aku mencari tempat yang ada jual pasta, tapi tak ada. Jadi terpaksalah aku lunch dengan makanan Melayu biasa; nasi putih, lauk dan jugak sayur... And a typical teh o ais for me as usual... Dalam hati memang tak puas hati sebab tak dapat nak makan spagetti yang aku idamkan.

Oleh kerana kemaruk aku menjadi² seolah² aku ni macam pempuan yang mengandung tengah mengidam. So, selepas aku balik kerja semalam, terus aku pergi ke pasaraya yang berhampiran, terus aku bershopping-shoppan membeli barang² untuk memasak spagetti... Aku beli sebungkus spegetti, beli minched beef, minyak dan segala bahan yang boleh aku campak dalam kuali, then terus aku bayar, balik dan terus mengadap dapur untuk memasak speggetti yang aku kemarukkan itu!

Selepas jer memasak sos speggetti yang cenggitu² je rasanya tapi besh, aku terus rebus speggetti dalam periuk besar dan tunggu selama 20 menit sebelum aku dapat menikmati speggetti tu. Mak aih! Sampai menjilat siku aku makan menda tu. Abis ilang semua kemarukkan yang ada dalam diri sejak dari pagi tadik...

Sampailah masa untuk aku tidur, speggetti yang aku masak masih lagi banyak tak berusik. Masuk dalam fridge dan tak tau bila lagi akan aku jamah menda tu. Sebab dah terlampau kenyang!!! Huhuhuhu...

Moralnya: Jangan la ikut perasaan! Simpan jer kemaruk tu untuk esok pulak, mana tau boleh jumpa kedai pasta yang sedap... Tak ler membazir. Hahahaha!!! (^_^!)
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog