19 Februari, 2008

Hari sedih...

| No comment
Tanggal 18hb Februari 2008, adalah merupakan hari sedih buat keluarga aku, dan juga sanak saudara yang dekat mahupun yang jauh. Nenda yang dikasihi telah pun pergi meninggalkan alam fana ini pada jam 4.30 pagi berikutan sakit yang dialaminya semenjak seminggu yang lepas...

Aku telah menerima panggilan daripada adik aku dan dia telah memberikan aku berita sedih itu pada jam 6.15 pagi ketika aku sedang bersiap² untuk pergi ke pejabat. Dan kemudian aku pula menghubungi abang aku mengenai berita itu...

Setelah memaklumkan berita tersebut, aku bersama² adik, abang dan kakak ipar aku memulakan perjalanan ke kampung untuk menghadiri pengebumian nenda kami. Tepat jam 12.30 petang, kami sampai ke maslid Parit Lima, Hutan Melintang dan kami dapati orang² kampung sudah pun bersiap sedia untuk menerima janazah yang dibawa daripada Hospital Besar Kuala Lumpur.

Jenazah sampai sekitar jam 1.00 petang dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam masjid untuk disembahyangkan selepas solat Zuhur. Sebelum masuk waktu Zuhur, rata² yang datang melawat sedang membacakan surah Yassin untuk arwah. Dan selepas masuk solat Zuhur, hadirin kemudiannya bersolat Zuhur berjemaah dan kemudiannya diikuti pula dengan solat jenazah.

Selepas siap, jenazah dibiarkan seketika untuk ditatap buat kali terakhir kepada ahli² keluarga. Di kala ini, ramai yang menitiskan air mata kesedihan dari sanak saudara yang terdekat. Aku tidak terkecuali... Meleleh air mata ini sebak melihat tangisan mak yang begitu terasa kehilangannya. Hati terasa begitu meruntun melihat kujur tubuh nenda yang kelihatan tenang di rahap.

Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Zuhur dan kami sanak saudara beredar dari tanah perkuburan Parit Lima dengan hati yang berat. Semoga arwah diletakkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh...

Pada malamnya, satu majlis tahlil ringkas telah diadakan dengan menjemput jiran tetangga terdekat dan juga sahabat taulan arwah, sebelum kami beredar untuk pulang ke rumah masing². Yang tinggal di rumah arwah adalah emak, abah, makcik² serta pakcik² untuk melakukan beberapa tugas yang perlu diuruskan.

Al-Fatihah!...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog