26 Januari, 2008

Reason why!

| No comment
Bukannya aku jual mahal untuk tidak berjumpa. Bukannya aku rasa bangga dengan benda yang telah Allah s.w.t berikan pada aku, dan jauh sekali untuk mengatakan aku mempunyai kelebihan yang perlu aku tunjuk²kan sehinggakan aku rasa takbur untuk menabik dada. Jauh sama sekali. Aku hanya seorang manusia yang penuh dengan ketidak-sempurnaan dan kecacatan.

Aku mengelak kerana aku tidak mahu memberi harapan. Aku tidak mahu menghampakan dan tidak pula mahu untuk mengecilkan hati sesiapa. Kenapa tidak sahaja perlu mengenali dahulu antara satu sama lain, kenali pe'el buruk dan juga kelebihan yang mampu diterima atau tidak. Bukan terus terjun kepada apa kehendak hati...

Maafkan aku! Aku bukan sombong, tapi aku tak mahu terluka sekali lagi! Aku sudah masak dengan perilaku dunia, dan aku sudah dewasa untuk menentukan apa yang aku mahu dan apa yang perlu aku tolak. Hanya mahu difahami!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog