27 Januari, 2008

Night life?

| No comment
Hari dah semakin petang bila aku balik dari tempat kerja. Then terima panggilan daripada Lia mengajak aku dan kengkawan untuk ke Sunway Lagoon untuk menyaksikan Xtream Games. Tiket free katanya. Memula keberatan nak pergi sebab apa yang ada dalam kepala hanyalah nak membersihkan bilik daripada serangga perosak tu.



Tepat jam 6.00 petang, Sue pulak call aku mengajak keluar menonton filem. But then aku cakap kat dia yang Lia ada dapat tiket free untuk Xtream Games. Dia okay jer. Tak kisah ikut atau tak. Cuma sekarang kena tunggu Lia balik dari kerja aje la sebab nak collect tiket tu. Tapi, sampai la jam 6.30 petang, Lia tak balik² lagi. Baju semua dah siap pakai. Tunggu nak gi je.



Aku lepas tu terus turun ke GP sebab Sue cakap dia dah sampai. Terus aku turun dari rumah untuk ke GP. Sue dah siap pesan air lagi. Aku pulak malas nak order sebab aku still lagi kenyang air. Nanti tak pasal² pulak aku membese nak terkucil. Bayang Lia still lagik tak nampak. Tapi aku tak kisah, paham sebab tempat keje dia jauh.



Sempat gak la aku snap gambar hidung aku sebab bosan menunggu Lia balik. Then Ijat pulak join. Sebelum tu, dia memang dah ada kat GP, cuma dia melayan cerita "Shooter" yang Kak Zie pasang kat kedai.



Setelah sekian lama, Lia pun muncul dan bagi tiket.  Ada tiga semuanya. Lia tak dapat pergi sekali sebab dia tunggu Adi... Then, bila tengok jam, waktu yang sepatutnya kitaorang pergi dah banyak wasted menunggu Lia. Dah duduk² tu, kita bertiga semuanya konfius samada nak teruskan pergi Sanway Lagoon tu untuk acara Xtream Games atau buat perkara lain. Sebab waktu tu dah nak dekat pukul 8.00 malam dah. Kitaorang tak sure pula nak pergi atau tak sebab acara tu sampai pukul 10.00 malam je. Kalau pergi pun, perjalanan jauh pulak...

Last², kitaorang cadang mengkenselkan tiket yang Lia bagi (Sorry Lia!), sebaliknya pergi tengok wayang. Bila kata sepakat dah dicapai, kita orang bertiga pun mula bergerak ke Pavillion, tempat kitaorang akan pergi nanti. Bagus jugak ke sana, sebab aku blom pernah menjejakkan kaki ke situ.







Sampai je kat sana, terus aku snap gambar² exterior dan interior Pavillion tu. Tak der keje nak buat! Maklumla, first time pergi sana. Peghak sket! Cantik gak tempat dia. Besar pun besar. Kitaorang sampai sana nak dekat 8.30 malam. Terus menuju ke GSC Pavillion untuk beli tiket...

Memula cadang nak gi tgk cerita "Meet The Spartan", tapi show yang ada pukul 12.15 tengah malam. Jadi, kirim salam awal² la. Akhirnya, kitaoran pilih cerita "Gabrielle" yang kunun best. Tiket buleh tahan. RM12. Bapak mahal!!!

Pas beli tiket, kitaorang tak tau nak gi mana. Cerita "Gabrielle" tu pukul 9.55 malam, sedangkan waktu pada masa tu ialah 9.05 malam.




Saranan aku untuk pergi makan telah diterima dengan sebulat suara dan diterima pakai dengan cemerlangnya. Tapi tak tau nak makan apa kat tempat yang bapak besar macam tempat ni. Nasib baik la aku jumpa direktori kat floor yang kitaorang berasa tu. Cari punya cari, ternampaklah restoran KFC kat tingkat satu. So, apa lagi, KFC time la.



(Kaki aku yang berjaya dijejakkan kat Pavillion buat kali pertamanya...)



(Sue yang tengah busan tak tau nak buat apa, gi window shopping...)



Aku macam biasa, kalau gi KFC, sure aku akan order "Rice kombo" dengan "Cheezy wedges". Harga pun aku leh ingat... RM13.02. Hehehehe... Sebab aku dari dulu pilih yang ni aje. Malas nak pilih yang lain. Ijat pulak order "Snack plate", Sue... ermmm... Aku pun tak tau dia pilih apa. Menu baru kat KFC. Lebih kurang "Foldover" kalo gi makan kat McD.



(Ijat yang gembira badak bila dapat dia punya whipped potato ngan coleslow)



(Yay!!! Dapat Kayu drum... Hahahaha...)



(Sue yang terkedu lepas minum air oren dia... Apa daaa...)



(Ni cara Ijat makan whipped potato ngan coleslow. Campur sekali kemudian boh sos tomato. Makan lak ngan tangan. Huhu... Tak penah dibuat orang!)



(Sue tengah baca pamplet Pavillion yang Ijat ambil masa kat direktori. Mende tah yang kusyuk sangat dia baca.)



(Ni la menda yang Sue order... Nampak macam sedap!)



(Muka Sue yang gembira nak setat makan...)



(Cheezy wedges kegemaran aku. Wuhuhuhuhu... Sedap nyerrr...!)



(This is what left after a few minutes...)



(And yet, Sue still having her meal.)



(Three of us with peace sign (^_^)v after having our KFC moment!)



(Apsal aku jelir lidah , aku pun dah tak ingat)



(Ni apa pesen ntah si Ijat nih. Cara dia menyejukkan diri kot! Tapi tempat tu memang dah sejuk apa...)



(Sue yang ingin mengkarate aku sebab aku try ambik gambar dia yang still lagi tengah makan... Bila nak abis daaa...)



(Hehehehe... Gemoknya aku sekarang nih!!!)



(Ijat dengan pose machonya la konon!)

Lepas kitaorang semua kenyang ngan KFC, kitaorang mula gerak nak ke GSC Pavillion sebab jam pun dah menunjukkan pukul 9.40. Ada sepuluh minit lagi sebelum "Gabrielle" mula. sambil berjalan² tu, aku still lagi snap gambar² kat interior Pavillon tu. Memang cantik habis. Sebab raya cina dah dekat, so theme Pavillion kali ni adalah merah di sana-sini.





(Kedai kegemaran aku pun ada kat sini...)





(Ijat dengan Sue yang tengah berjalan nak ke GSC Pavillion...)





(Nun jauh di bawah sana, bersepak kefe² ngan pub...)



Sambil nak tunggu nombor paawagam kitaorang menyala, aku ngan Ijat sempat la menghisap rokok sebatang, Ni la keistimewaan Povillion ni, tempat dia terbuka dan sesiapa saja boleh hisap rokok kalau dia nak. Tapi, tu yang bahagian Pavillion yang open air la. Bahagian yang  ada air-cond sure la tak buleh. Nak mampos?



Time kitaorang pun sampai, kitaorang bertiga pun mula la bergerak ke panggung 9 yang berada kat tingkat atas. Besar jugak GSC Pavillion nih, berapa tingkat pun aku tak ingat dah. Time ni, aku snap la gambo kat atas tuh waktu tengah naik eskalator. Pastu kena tutup handphone dah, tak leh bukak masa dalam pawagam...

Untuk dua jam yang seterusnya, kami bertiga pun menontonlah "Gabrielle" sampai la cerita tu habis. Nak kata cerita tu best, aku sendiri tak tau nak ketegorikan apa. Cerita pasal angel², tapi stu sayap pun tak nampak sampai la habis. Penuh dengan keganasan yang melampau. Heroin dalam filem ni pun tak la lawa sangat, Jongang adalah! Dan cerita tu tak la sehebat seperti yang ada di dalam trailernya. Untuk filem ni, daripada lima bintang, aku hanya dapat berikan dua sahaja.

Masa untuk pulang... Bayar duit tiket parking yang berharga RM6, mahal nak mampos! Kakakakaka...





(Keta Sue yang menjadi sasaran!)















Before I call it a day and go home at 12.30 am, aku sempat la snap gambar KLCC dan sekitarnya. Tak la sharp mana pun sebab aku snap waktu kereta bergerak...

One more day end for me!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog