02 Januari, 2008

Angsa dan dayungan!!!

| No comment
Dah 4 bulan ek blog aku ni went alive. Tak sangka, cepat sungguh masa berlalu! Pejam celik, pejam celik dah tahun baru plak tuh. Tapi keadaan masih sama macam dulu... Tak banyak yang berubah.

Tapi, dalam diam, ubi berisi kata orang. Yang tak berubah hanyalah dipermukaan, tetapi disebaliknya siapa yang tahu. Umpama seekor angsa yang sedang berenang di permukaan tasik yang cantik. Kelihatan tenang, riang dan elegen. Tak kelihatan pun ianya sedang sibuk dan kelam-kabut untuk mencari makan. Dunia seolah² semua miliknya...

Namun di bawah permukaan, tiada siapa yang tahu, dua kakinya sedang sibuk mengayuh. Terkais² dan mendayung² supaya badannya di permukaan dapat bergerak ke hadapan dengan harmoni dan teratur. Sibuk mengimbangi seluruh badannya daripada terbalik.

Sebenarnya itu adalah metafora bagi apa yang sedang berlaku pada aku. Walaupun kelihatan seperti tiada apa² yang dilakukan, tetapi jauh di suatu sudut, perbagai benda sedang difikirkan...

Dayung sampan, dayung dayung sampan...
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog