01 Januari, 2008

2008.

| No comment
"Selamat tahun baru... Selamat tahun baru... Selamat tahun baru..."

Itulah ayat yang paling banyak diucapkan dan diperucapkan malam tadi. Tak kira siapa sahaja, kenal atau tak. 2008 baru sahaja bermula dan meninggalkan 2007 dengan pelbagai memori manis dan pahit.

Aku menyambut tahun baru bersama kawan² Jaquezee. Walaupun tak semua yang hadir, tapi yang ada rasanya cukup meriah. Aku, Ijat, Mak Ngah, Lan, Shahrul, Man dan Yan, tak lupa juga kepada 2 lagi sepupu kepada Shahrul yang tak lagi asing bagi aku; Ida dan Ana.

Tak banyak yang kami buat sementara menunggu detik 12 tengah malam. Aku hanya memerhati dari jauh yang lain bermain bowling. Mengantuk jugak la. Bukan aku tak nak join, tapi rasa malas pulak bermain dalam keadaan gelap kat situ. Cuma duduk dekat bench dan memerhati orang yang lalu lalang. Aktiviti paling seronok buat aku kalau tak ada menda yang nak buat...

Hampir nak tengah malam, dan bila bowling dah habis, kami beramai² pergi keluar di kawasan lapang bumbung Cineleisure untuk melihat pertunjukan bunga api. Ramai gak la yang ada kat kawasan tu. Nasib baik kami pergi cepat untuk mendapatkan tempat.

Tepat pukul 12.00 tengah malam, bunga api mula dibakar. Dari tempat kami duduk, nampak bunga api dari tempat² yang jauh. Dan tidak lama selepas itu, di tempat kami berdiri menyaksikan bunga api, satu bunyi letupan yang amat kuat menggegarkan bumbung Cineleisure. Kini giliran Cineleisure pulak untuk membakar bunga api. Berdentum-dentam kawasan kat situ... Tapi, tak ada seorang pun yang kisah bunyik bising tu sebab masing² berpakat mendongak ke langit sebab nak tengok bunga api kat atas. Memang cantik!!!

Inilah pengalaman aku paling bermakna bila tengok bunga api dari jarak paling dekat. Untuk bunga api yang dibakar pada skala yang besar macam ni, dari mula ia dibakar sehinggalah habis, bukanlah benda yang senang nak didapati. Tambah pula nak tengaok dari bumbung Cineleisure.

Sampai sakit tengkuk jugak la...

Habis jer bunga api, kami semua mengambil keputusan untuk menyambung bermain bowling. Sebab untuk pulang pada waktu begini adalah sesuatu yang mustahil. Sure kereta tak dapat keluar sebab jam. So, kami semua bermain la 1 game saja. Mata pulak dah kelat² dan berkaca². Tapi mengenangkan kawan², terpaksalah digagahkan juga...

Habis jer bowling, kami semua berpecah untuk pulang. Aku, Ijat, Mak Ngah, Man dan Lan bergerak menuju kedai mamak. Makan sekejap dan kemudian terus balik. Aku dah tak tahan mengantuk dan tertidur dalam kereta Ijat sampailah Mak Ngan kejutkan semasa dah sampai kat Menara Orkid.

Hai... Tahun baru... Apa la yang bakal aku tempuhi!!!

"SELAMAT TAHUN BARU 2008 UNTUK SEMUA!"
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog