04 Disember, 2007

Titik asal.

| No comment
Kadang-kala, tertanya² berapa kalikah hati perlu dikecaikan hanya untuk mencari kasih dan cinta. Berapa kali perlu untuk melalui pengalaman yang amat pedih dan menyakitkan hanya untuk mendapatkan gambaran sebenarkan sebuah kisah gembira pada sebuah pengakhiran. Setiap kali terlintas perasaan yang dirasakan dapat memberikan jawapan kepada persoalan itu, setiap kali itulah ianya dirasakan tidak penting. Dan bila ianya hilang, barulah terasa bahawa jawapan yang dicari mungkin telah terlepas dari genggaman.

Bila ianya terlepas, dirasakan terlalu mudah untuk hati ini berkata², dan kadang-kala pula terasa ianya mudah untuk terguris...

Namun semua itu, mungkin satu cabaran untuk mencari apa sebenarnya kehendak hati dan juga perasaan. Persoalan samada perlukah untuk menerimanya, atau untuk mengikut sahaja ke mana arus itu akan bawa. Dilema yang selalu dirasakan membelenggu dan tidak mudah untuk dileraikan!

Mungkin bulan² yang mendatang akan sekali lagi aku tempuhi sebagaimana aku lalui tidak lama dahulu. Tidak lagi ditemani dengan pelita yang dapat menyuluh dan menerangkan. Tidak ada lagi teman yang akan membingitkan suasana yang sunyi. Dan juga tiada lagi cerita² yang dapat mendodoikan untuk terus lena dan dibuai mimpi. Semuanya bermula semula dari titik asal.
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog