28 Disember, 2007

Entahlah!

| No comment
Dah lama rasanya tak buat posting. Yang ada pun just cut-and-paste. Tak ada apa yang hendak di sharekan. Rasa macam kepala ni dah kosong walaupun banyak menda yang difikirkan. Tapi, jari jemari ni macam dah letih nak menaip. Letih...

Mata rasa mengantuk, tapi hati pulak tak bagi nak lelap. Macam takut kehilangan sesuatu. Tapi entah la. Tak tau pulak apa yang akan hilang. Dan aku pun tak tau jugak, apa bendanya yang aku ada untuk dihilangkan. Hehe... Pelikkan ayat aku. Kejap takut hilang, kejap tak tau apa benda yang hilang, tak tau menda apa yang nak hilang. Aku sendiri pun lost.

Sebenarnya aku tengah keliru ni. Tengah keliru untuk membuat keputusan. Keputusan yang akan aku bawak sampai aku mati (I think)... Keputusan yang aku rasa amat penting buat aku untuk menentukan hala tuju hidup aku. Banyak perkara yang perlu aku pertimbangkan, perhalusi dan juga impak yang akan berlaku.

Sebenarnya, aku dah bersedia, cuma aku tak tau bila aku akan memulakan langkah... Entahlah!!!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog