01 November, 2007

Out of the blue...

| No comment
Hari ni, aku gi Subang Jaya untuk ke salah satu syarikat yang dipertanggung jawabkan kepada aku. So, selepas aku ambil pas dan menunggu lif untuk ke tingkat yang berkenaan (punyalah lama aku tunggu lif, out of 6, only 3 that work, orang ramai plak tuh!).

So, bila sampai ke tingkat berkenaan, aku agak terjejut jugak la sebab, jabatan yang biasa aku kunjungi tu sedang mengadakan rumah terbuka. Aku dengan rasa malunya terpaksa masuk bersama² dengan tetamu jemputan mereka. Sambil "tuan² rumah" greet tetamu yang datang, aku pun masuk la dengan malu²nya. Maklumlah, aku bukannya dijemput pun.

So, lepas aku ditanya dengan mereka di situ yang aku nak berjumpa dengan siapa, mereka dengan besar hatinya mengajak aku turut serta dengan acara yang sedang dijalankan. Pada mulanya, aku selepas siap dengan apa yang hendak aku lakukan kat situ, nak je aku terus blah. Malu la, datang tak dijemput. Siap dengan tag pelawat lagi tu. Tapi, selepas derang insist untuk aku stay, aku pun turut serta la.

Sedang aku duduk dan menikmati ala serba ringkas apa yang ada, tetiba aku rasa macam nampak orang yang "biasanya" aku kenal dulu. Dan memang aku tak silap, sebab dia pun nampak aku dan terkejut dengan kedatangan aku. So, we greeted each other dan dia tanya apa yang aku buat di situ. So, aku jawab serba sedikit dan kemudian kami berborak ringkas. Jelas kami kekok dengan keadaan yang sedang berlaku. Maklumlah, dia pernah menjadi sweetheart aku dulu. Mungkin dia malu, atau mungkin aku yang malu, mungkin jugak kami berdua yang sama² malu. Kemudian dia beredar bersama² dengan rakan² dia.

Lepas je dia hilang dari pandangan aku. Terus aku capai beg aku, dan aku terus meminta diri dari tuan rumah. Bukannya apa, aku dari mula lagi yang segan dengan kedatangan tak diundang aku tu, ditambah pula dengan kehadiran orang yang aku tak sangka akan berjumpa, aku terus meninggalkan majlis secara terhermat dengan mengatakan aku masih banyak lagi tempat untuk dituju.

Bukannya aku tak mahu stay lama, tapi, mungkin kehadiran aku di situ akan mematahkan selera bekas orang yang pernah aku sayang dulu. Jadi, biarlah aku beredar tanpa pengetahuan dia. Mungkin cara ini lebih mudah buat dia. Dan cara yang paling senang untuk aku lakukan...

Dan sekarang, aku terimbau kisah lama aku dengan dia!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog