22 Oktober, 2007

Raya and open house...

| No comment
Sepanjang minggu ni, perut aku tak berapa baik. Asyik meragam jer. Semuanya sebab rumah terbuka yang dibuat oleh kawan². Macam² makanan yang dihidangkan, dan macam² yang nak aku rasa. So, macam² yang aku rasa dalam perut nih. Huhuhuhu...

Teringat zaman² dulu masa aku slalu buat rumah terbuka dan ajak kengkawan datang rumah. Dari sekolah, universiti sampailah dah kerja. Tak pernah tak buat open house. Tapi sekarang macam dah malas. Dah tak terasa nak sambut hari raya macam dulu². Mungkin sebab aku tak terasa kehangatan hari raya. Mungkin sebab dah tua kot. Dan mungkin jugak sebab ramai kawan² yang dah kawen.

Hari ni je aku pergi ke Pajam, Negeri Sembilan ke rumah Shahrul Lan. Bertolak dari Sentul dalam pukul 4.30 petang dan sampai dalam 5.15 petang. Walaupun bukan rumah terbuka sepenuhnya, hanya jemput kengkawan rapat dan sedara mara je. Kawan² JQZ yang pergi hanya aku, Lia, Adi, Mak Ngah (Imah! Haha...) dan Sue. Kendian Man dan Yan. Lan pulak memang dah ada kat rumah Shahrul. Ijat plak datang angis kus² dia, tak mo gi (kunun!), Bard plak kerja dan tak dapat dikontek. Kitaorang stay kat sana sampai la pukul 8.30 petang sebelum bertolak balik ke Sentul.

Mungkin raya tak semeriah waktu dulu. Tapi dengan adanya kawan², at least raya tahun ni berwarna-warni sedikit, dengan hanya melihat telatah kawan² yang macam². Tak terlambat rasanya nak ucapkan;

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog