26 Oktober, 2007

48 hours a day

| No comment
Kan bagus kalau satu hari bersamaan dengan 48 jam. Banyak menda yang boleh aku buat. Tak lah lagi aku kurang masa untuk tidur. Ada masa untuk buat kerja² sendiri selain masa untuk bekerja. 24 jam seolah² macam tak cukup untuk aku, mungkin jugak untuk orang lain.

Sebaik mana pun jadual yang dah aku buat, dan setepat mana masa yang aku ikut, semuanya terlalu sekejap buat aku. Tambahan pula untuk masa² yang paling aku suka. Tapi, untuk masa yang aku tak suka, lama pulak rasanya.

Tapi, Allah tu adil. 24 jam adalah masa yang sesuai untuk manusia sejagat. 8 jam kerja, 8 jam rehat dan 8 jam untuk tidur. Tapi bagi aku, 14 jam kerja, 6 jam rehat, 4 jam tidur... Yang menyebabkan mata aku macam mata panda.

48 jam? Sesuatu yang mustahil!
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog